Kroni dapat habuan masing-masing, rakyat dapat sampah.. ini mungkin kesimpulan yang boleh dibuat terhadap permasalahan sampah yang dihadapi rakyat negeri Selangor sejak beberapa bulan lalu.
Rakyat Selangor menjadi mangsa kerakusan dan keangkuhan kerajaan negeri Selangor dalam penyelesaian isu sampah dan sisa pepejal di negeri ini.
Rakyat Selangor kini semakin sesak nafas kerana terpaksa menghidu bau busuk, sampah berulat yang menghantuai mereka, kerana tindakan bodoh kerajaan negeri yang tidak melanjutkan kontrak Alam Flora yang telah berpengalaman dalam menguruskan sampah dan sisa pepejal ini semata-mata kerana Alam Flora dilantik oleh kerajaan BN dahulu, dan bukannya melihat kepada prestasi Alam Flora.
Kini, rakyat yang menjadi mangsa. Jika dahulu, pihak Alam Flora akan mengutip sampah tiga kali seminggu, namun pihak syarikat pengurusan baru yang dilantik kerajaan negeri ternyata gagal mengutip sampah tiga kali seminggu, sebaliknya seminggu sekali pun susah.
Pihak syarikat pengurusan yang baru bukan sahaja tidak berpengalaman seperti Alam Flora, malah tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi, lori sampah misalnya.
Jadi, mana mungkin mereka mampu untuk mengutip sampah tiga kali seminggu, jika mereka terpaksa menggunakan sumber terhad untuk menguruskan dan mengutip sampah dan sisa pepejal di seluruh Selangori.
Kerajaan negeri tidak menggunakan pendekatan kerajaan terdahulu yang memilih atau meneruskan kontrak mana-mana syarikat pengurusan sampah melalui pendekatan penilaian prestasi, sebaliknya mereka lebih selesa melantik syarikat dari kalangan kroni mereka.
Mereka lebih mementingkan kroni mereka berbanding kebajikan dan keselesaan rakyat Selangor. Masalah sampah yang berlaku di negeri jelas menunjukkan kegagalan pentadbiran negeri menyediakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.
Pentadbiran yang gagal bukan sahaja memberi kesan kepada agensi-agensi di bawah kerajaan negeri seperti PBT, akhirnya rakyat yang menderita terpaksa menghidu bau busuk dan sampah berulat setiap hari.
Pada masa yang sama, masalah isu sampah di Selangor khususnya di Shah Alam ini semakin menemui jalan buntu apabila kerajaan negeri terus dengan hasrat mereka untuk menamatkan perkhidmatan Alam Flora Sdn. Bhd dan dalam masa yang sama melantik kontraktor baru yang gagal melaksanakan tugas dengan baik.
Kontraktor baru bukan sahaja gagal melaksanakan tugas mengutip sampah-sampah ini, malah mereka mengambil jalan mudah untuk menuduh UMNO dan Barisan Nasional sebagai dalang yang membuang sampah di kawasan-kawasan tertentu untuk memberikan imej buruk kepada pentadbiran kerajaan negeri.
Memang sudah menjadi moto pakatan pembangkang, `Semuanya salah UMNO’ dalam melepaskan diri mereka dari apa sahaja isu yang membebankan mereka.
Rrakyat Selangor menilai sendiri keberkesanan dan kejayaan kerajaan pakatan pembangkang sejak mereka mentadbir Selangor sejak tiga tahun lalu.
Adakah ini mutu perkhidmatan yang kita mahukan dari sebuah kerajaan yang mewar-warkan ketelusan sebaliknya apa yang mereka buat pada hari ini, bukan sahaja memberi keselesaan malah memberi beban kepada rakyat Selangor.
SBB MASE PRU 2008 DIORANG DH PILIH KERAJAAN SAMPAH LER BROO..DPT LER PERKHIDMATAN MCM SAMPAH! KEHKEHKEHKEH
ReplyDelete