Thursday, 19 January 2012

Wardina Kantoi Pelanduk Dua Tak Serupa!!!... Satu Nama Dua Badan??... @WardinaSafiyyah @TunFaisal


Sejak seminggu dua nie heboh di alam Twitter dan di ceruk-ceruk surat khabar cerita malang Wardina Saffiyah rumahnya dipecah masuk dan dirompak. Kulaan ingatkan cerita artis nie dah sunyi sepi. 

Tup-tup meletup plak di alam blogosfera isu Wardina mengamuk nak jumpa penulis blogger RuangBicaraFaisal pasal blogger nie dah menulis dalam blognya artikel yang kurang menyenangkan Wardiana. 

Dalam kenyataan Wardiana, beliau berhasrat untuk berjumpa dengan penulis blog tersebut yang dinyatakan sebagai Tun Faisal Ismail Aziz, Exco Pergerakan Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB), Pergerakan Pemuda UMNO. 


Nama Tun Faisal memang sudah tidak asing lagi di alam media sosial terutama dunia blogosfera tetapi cerita kali ini agak unik dan menarik. "Yang lain buat tapi lain yang kena" "lembu punya susu, tapi sapi dapat nama".

Kulaan bukan mahu bicarakan siapa sebenarnya penulis blog ini kerana rakan-rakan blogger lain sudah banyak bercerita. Apa yang Kulaan suka untuk berkongsi adalah "Siapa yang silap bagi kenyataan?". 

Sama ada Wardina yang silap bagi kenyataan berkaitan siapa RBF atau silap penulis Mstar Online, Mohd Al Qayum Azizi? Salah seorang mesti buat silap kerana tidak membuat 'reseach' yang betul main tembak jer. Sekarang tembak tak kena.

Cerita nie semakin bertambah menarik untuk diikuti. Adakah Tun Faisal yang "takda kaitan dalam ini cerita" akan mengambil tindakan susulan seperti tindakan saman. Kalo nak diikutkan memang Tun Faisal boleh mengambil tindakan undang-undang kepada penulis artikel tersebut kerana ia ada mempunyai unsur "Fitnah"

Nanti kita saksikan kesudahan drama bersiri ini....

2 comments:

  1. Hebat tul.Aku tak kisah apa-apa pun.Aku cuma suka nak meliwat jantan homo yang cun-melecun.

    ReplyDelete
  2. minta simpang malaikat 44... itu kata-kata orang-orang tua dulu...

    ReplyDelete