Selepas Perak, Misi Kembara Mahasiswa Bersama Masyarakat kini di Pulau Pinang. Peserta Kembara Mahasiswa telah tiba di Pulau Pinang pada jam 3 petang tadi. Kami semua menginap di Kampus USM Transkrian.
Aktiviti bermula selepas solat Isyak dimana kali ini misi Aman Kampus melancarkan Progam Info Siswa dan Pentas Anak Muda.
Pentas Anak Muda telah dijalankan di Dewan Terbuka Taman Teluk Indah. Kami telah berkumpul di sini sebelum kumpulan mahasiswa Aman Kampus dipecahkan kepada 2 kompeni.
1 kompeni di Pentas Anak Muda dan 1 lagi menjalankan Program Info Siswa. Setibanya saya di Taman Teluk Indah, perasaan saya sangat kecewa apabila melihat persekitaran kawasan perumahan di sini yang dihuni oleh majoriti masyarakat India amat tidak terurus.
Pada mulanya saya tidak percaya, jadi saya cuba melihat dengan lebih dekat dan berniat mahu memasuki rumah pangsa di Taman Teluk Indah. Alangkah terkejutnya melihat sampah bergelimpangan di kawasan ini seolah-olah kerajaan negeri di Pulau Pinang ini lngsung tidak prihatin tentang kebajikan rakyat di sini. Melihat keadaan ini, saya membayangkan masyarakat di sini seperti dianaktirikan.
No comments:
Post a Comment