Sunday, 5 February 2012

Di Mana Adik Nor Fitri??? Kepada Sesiapa Yang Terjumpa Sila Pulangkan Kepada Keluarganya...


Kulaan turut terpanggil untuk menyertai rakan2 blogger lain menyumbang inisiatif terhadap pencarian seorang kanak-kanak sindrom down bernama MOHD NOR FITRI BIN MARZUKI yang dilaporkan hilang sejak 22 JANUARI 2012.

Berikut adalah kronologi usaha kakak kepada adik Nor Fitri, NORAKMAR MARZUKI yang memohon pertolongan dan doa masyarakat 1MALAYSIA yang prihatin melalui laman Facebooknya:
Minta kerjasama semua rakan2 FB yang ader terjumpa/ternampak kanak2 di dalam gambar ini..sila laporkan/hantar kepada Balai Polis yg berdekatan.Untuk makluman kanak2 ini sindrom down.. kulit cerah dan badan agak berisi..Kanak2 ini telah hilang pada hari ahad (22 january) dan sehingga sekarang masih belum ditemui..Laporan polis telah dibuat dibuat.. Jika ader sebarang maklumat sila hubungi saya di number 013-3440366 Kerjasama anda semua amat kami hargai..Terima Kasih. -25/01/2012
Dari sumber yg diperolehi kanak2 (Adik Fitri) ini terakhir dijumpai oleh orang awam di Kolam Memancing Otai Penghulu Him Sungai Petani, Kedah sekitar subuh hari isnin (23 january).Menurut maklumat kanak2 ini (Adik Fitri) dibawa menaiki kereta Persona Hitam bersama 2 orang lelaki yg tidak dikenali keluar dari kawasan kolam memancing tersebut.. Minta kerjasama dan budi baik anda semua jika ternampak/terjumpa kanak2 (Adik Fitri) ini..sila laporkan/serahkan kepada balai polis yg berhampiran..Terima Kasih -26/01/2012

Pihak Polis dan orang awam belum dapat mengesan/melihat kehilangan Fitri (Adik saya). Kini sudah 6 hari Fitri hilang....Untuk makluman, Fitri memakai seluar panjang hitam serta berbaju warna oren..Minta kerjasama rakan2 serta budi baik anda jika ternampak/terjumpa Fitri...Sila serahkan/laporkan kepada Balai Polis berdekatan..Terima Kasih... -27/01/2012
"Ya Allah..kau tunjukkanlah jalan yg benar buat kami...Kau permudahkanlah urusan kami dalam mencari adik Mohd Nor Fitri Bin Marzuki..Kau lindungilah adik Fitri supaya dlm keadaan selamat...Ya Allah..kau kurniakanlah doa kami..Aminnn.... Amat terasa kehilangan adik tersayang...Terima Kasih pada yg sudi membantu dlm usaha mencari adik Fitri..Terutama Pihak polis/sanak saudara/rakan2 FB/Teman rapat/Dll...Sama2 lah kite berdoa untuk kesejahteraan adik Fitri di luar sana..Terima Kasih!" -Norakmar Marzuki 29/01/2012
Sama2 kita doakan Adik Nor Fitri selamat dan kembali ke pangkuan keluarga dengan kadar segera. Sesungguhnya ALLAH maha penyayang, takkan pernah menguji melebihi kemampuan hambaNYA!!

No comments:

Post a Comment