Monday, 20 February 2012

Eksklusif : Kerana Kakitangan Awam Ambil Mudah Masalah IC Rakyat, Kerajaan Disalahkan???... @NajibRazak @HishammuddinH2O

Kulaan sempat singgah menjengah ke PWTC bagi melihat apa yang berlaku di Perhimpunan Ulama', Candekiawan Islam & Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama PM, DS Najib.

Memandangkan Kulaan tak mendaftar dan tidak mempunyai pas peserta sudah tentu Kulaan tidak dibenarkan masuk. Kulaan faham akan situasi itu dan bukan isu yang Kulaan ingin utarakan.

Sedang Kulaan lepak di luar dewan, Kulaan disapa oleh seorang pakcik tua berumur 59 tahun yang datang sendiri dari Melaka dengan menaiki bas. Pakcik tua bernama Jaafar bin Abu datang dari jauh semata-mata untuk berjumpa sendiri dengan PM.

Pakcik ini mengadu masalah kad pengenalan isterinya Zariah binti Omar yang tidak boleh ditukar ke Mykad sedangkan isterinya ada IC lama. Alasan yang diberikan oleh pegawai Jabatan Pendaftaran kepada pakcik ini isterinya dibesarkan dan tinggal Singapura bersama neneknya daripada tahun 1955 sehingga 1986.


Setelah 6 tahun berkahwin mereka pulang ke Terengganu. Pakcik tua ini menguruskan hal perkaitan IC isterinya sehingga dapat IC. Namun, setelah Mykad diperkenalkan usaha beliau untuk menukar IC lama ke Mykad tidak berjaya dengan alasan isteri pakcik ni bermastautin di Singapura dan kena buat permohonan semula. Alasan paling tak boleh terima akal, "fail isteri pakcik hilang".

Aik! Pelik bin ajaib... Dah ada IC lama macam rakyat Malaysia lain tapi kena buat permohonan semula macam Bangla plak. Dari tahun 2004 sewaktu Mykad diperkenalkan sehinggalah sekarang masalah pakcik ni tak boleh Jab. Pendaftaran selesaikan.

Yang pelik jugak... Kalo isteri pakcik ni bukan diiktiraf sebagai warganegara Malaysia, macam mana isteri pakcik ni boleh jadi ahli UMNO cawangan Pengkalan Renggam, Kota Melaka. Bahagian Kota Melaka dengan no ahli 01281051 IC lama A3493305. Sijil penghargaan sebagai AJK Wanita UMNO cawangan 2004/2007.

Salahnya masalah ini tak dapat diselesaikan berpunca dari mana dan siapa? Kerana masalah teknikal yang kecil ini UMNO dan BN bakal bukan saja satu undi bahkan satu keluarga tidak mengundi kerajaan HANYA kerana sikap sambil lewa kakitangan kerajaan.

Jadi, kepada mereka yang berkenaan tolonglah selesaikan masalah pakcik ni. Kakitangan kerajaan yang akhirnya menyusahkan rakyat dan kerajaan ini kenalah diambil tindakan tatatertib sebagai pengajaran.


No comments:

Post a Comment