Tuesday, 28 February 2012

Kes Tangkap Basah Badrulamin ‘Mengganggu’ Himpunan Hijau


Tidak semena-mena impak yang diharapkan dari Himpunan Hijau terhadap Lynas tidak menjadi dan sebaliknya publisiti beralih kepada Badrulamin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr. Badrulamin Bahron yang di dalam rangka aktiviti Himpunan Hijau di Kuantan telah ditangkap khalwat di Hotel Swiss Garden Kuantan. Bagaimanapun, beliau tidak mengaku salah dan menuduh bahawa tangkapan itu adalah ‘komplot terancang’ daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Nampaknya, bukan Anwar sahaja yang menjadi ‘mangsa komplot’ perangkap seks tetapi semua pemimpin PKR tidak terkecuali dari kemungkinan menghadapi masalah yang sama.

Penangkapan ini sekali gus ‘mengganggu’ strategi PR untuk menjadikan Himpunan Hijau sebagai tajuk berita utama. Sebaliknya, negara digemparkan dengan berita Badrulamin memberi kaunseling rumahtangga kepada isteri orang pada jam 3.00 pagi! Adalah dikhabarkan bahawa ketika pintu dibuka, Badrulamin hanya bertuala.


Pertama sekali penulis ingin bertanya, apa kata orang PAS, yang kononnya begitu tegar memperjuangkan Islam dan hudud, mengenai perkembangan ini?

Namun, penulis percaya PAS tidak kisah kerana berkhalwat dengan isteri orang adalah perkara biasa bagi mereka. Malah bagaikan sudah menjadi budaya bagi Muslim dan Muslimat PAS untuk melakukan ‘swap’ (bertukar-tukar pasangan) sesama mereka. Lagipun, apalah sangat yang kita harapkan dari parti yang Timbalan Presidennya terkenal dengan kes khalwat dan ‘phone sex’?

Jika tidak, tidak mungkin PAS sanggup berada di bawah naungan peliwat dan penzina tegar. Dan jangan kita lupa bahawa Ustaz Badrulamin itulah yang mengangkat peliwat dan penzina itu sebagai Imam Mahadi dan PAS langsung tidak menegur atau tercuit.

Justeru, sepertimana ‘Imam Mahadi’ seperti itulah pengikut-pengikutnya.

Selama ini, PKR dan PAS tidak pernah mengambil tindakan atau mengaku kesalahan pemimpin-pemimpin mereka yang terlibat dalam skandal seks mahupun rasuah. Setiap pendedahan mengenai kesalahan mereka akan ditepis sebagai komplot UMNO, konspirasi musuh dan berbagai-bagai alasan lagi.

Namun, kes Ustaz Badrulamin nampaknya agak sukar untuk ditepis dan PKR mungkin terpaksa ‘melepaskan’ beliau jika benar-benar bersalah yang mana pastilah akan dilihat sebagai tidak adil bagi Badrulamin.

Manakan tidak, sedangkan teman lelaki Elizabeth Wong dibantu oleh PKR untuk hidup mewah di luar negara bagi menutup skandal bogel teman wanitanya dan Anwar Ibrahim sendiri masih kekal memegang teraju parti walaupun berkali-kali kantoi meliwat dan berzina, maka kenapa Ustaz Badrulamin perlu dikecualikan dari keistimewaan ini?

Mungkin lebih baik Ustaz Badrul menjadi pengikut PAS dari PKR, sekurang-kurangnya di dalam PAS beliau sudah pasti diampunkan oleh “pope’ Nik Aziz dan tidak perlu risau lagi. Nik Aziz sebelum ini telah ‘mengampunkan’ dosa ADUN PAS Perupok setelah terkantoi berzina dengan isteri rakannya.

Apabila telah diampunkan oleh Nik Aziz, Badrulamin tentu tidak perlu bersusah-payah membersihkan nama sepertimana yang disaran oleh kepimpinan PKR terhadapnya kerana secara automatik penyokong-penyokong PAS akan menganggapnya sebagai suci serta-merta.

Justeru, pengajaran dari episod ini ialah, Badrulamin telah tersilap parti. Seorang Ustaz yang tidak kuat iman sepertinya seharusnya menjadi ahli PAS bukan PKR, kerana Ustaz-ustaz PAS semuanya kebal dari dosa. - MyNewsHub

2 comments:

  1. Pengumuman: KTBO - Presiden Badrul Amin; Penaung Mat Sabu; Punaisihat Nuar Brahim. KTBO - Kelab Tibai Bini Orang

    ReplyDelete
  2. Salam semua;
    Swiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
    Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.

    ReplyDelete