Friday, 17 February 2012

Siri 1 : Peluang Rakyat Miskin dan Penduduk Setinggan Di Kuala Lumpur Memiliki Sekurang-kurangnya Satu Aset???... @RajaNongChik @NajibRazak


Kota metropolitan Kuala Lumpur memang sinonim dengan istilah "setinggan" yang merujuk kepada sekelompok masyarakat yang mendiami kawasan tanah milik kerajaan. Istilah setinggan ini sudah dikenali sejak tahun 70an lagi sehingga ke hari ini. Cuma bezanya jumlah kelompok masyarakat ini yang semakin kecil hasil usaha kerajaan membasmi kemiskinan dengan mengurang jumlah ini sehingga ke paras miskin sifar.

Langkah selanjutnya diambil pihak kerajaan dengan memindahkan penduduk setinggan ini ke suatu penempatan baru yang lebih baik dan tersusun setelah kawasan tersebut diambil semula dan dibangunkan dengan bangunan kediaman. Pada peringkat awalnya berlaku penentangan oleh penduduk setinggan ini dengan usaha baru yang cuba di bawa oleh kerajaan disamping termakan dengan hasutan pihak pembangkang yang mempunyai kepentingan.

Kini semua masalah ini telah berlalu. Sebahagian besar penduduk setinggan telah berpindah kepenempatan baru yang lebih selesa sekalipun agak jauh daripada penempatan asal. Mereka ditawarkan untuk menyewa rumah yang dibangunkan oleh pihak DBKL dengan harga sewa RM124 sebulan termasuk dengan bayaran penyelenggaraan walaupun kos penyelenggaraan dikatakan melebihi daripada harga sewa.


Perubahan arus pemodenan menghasilkan masyarakat yang dahulunya dipanggil setinggan kini sudah mampu membina kehidupan. Sudah Mampu membeli kenderaan seperti kereta dan motor. Sudah mampu membayar  yuran langganan ASTRO. Tapi bayaran sewa masih kekal ditakuk lama. Terdapat sebahagian besar daripada penduduk rumah PPR ini mahukan yang lebih baik iaitu sebuah rumah kediaman yang menjadi milik sendiri. Desakan demi desakan, cadangan demi cadangan diajukan kepada kerajaan.

Hasilnya pada tarikh 11 Julai 2009, Perdana Menteri baru Malaysia ketika itu Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hadiah buat penyewa rumah PPR iaitu penjualan rumah PPR yang didiami. Bermula dari situ maka ramai penduduk PPR yang menyewa cuba mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan yang ada untuk membeli rumah tersebut yang dijual dengan harga RM35 ribu. Namun, sebahagian besar penyewa gagal mendapat pinjaman kerana sebahagian besar daripada mereka bekerja sendiri atau tidak mempunyai "slip gaji" yang boleh dilayangkan ke bank.

Daripada 44,146 unit rumah ditawarkan, hanya lebih kurang 10% penghuni yang berjaya membeli rumah PPR ini sama ada secara tunai seramai 4,272 dan 716 yang memperolehi pinjaman bank. Jumlah ini amat kecil berbanding dengan jumlah kediaman yang ditawarkan. Maka kerajaan mengambil inisiatif di bawah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik mencadangkan dieujudkan satu yayasan bagi membantu rakyat miskin yang mediami rumah PPR ini dengan menyewa agar mampu membeli dan "memiliki sekurang-kurangnya satu aset dalam bandaraya Kuala Lumpur" ini melalui Yayasan Wilayah Persekutuan dan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan dengan "Skim Pembiayaan Khas Rumah PPR".


Apa itu  "Skim Pembiayaan Khas Rumah PPR"? Kupasan lanjut dapat diikuti di Siri Ke2 : Peluang Rakyat Miskin dan Penduduk Setinggan Di Kuala Lumpur Memiliki Sekurang-kurangnya Satu Aset???... dalam artikel seterusnya

No comments:

Post a Comment