Thursday, 1 March 2012

BN Tidak Bersikap Perkauman... @ZambryAbdKadir


Barisan Nasional (BN) tidak bersikap perkauman sebaliknya parti pembangkang yang mengalamkan sikap itu, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, meskipun BN terdiri daripada parti berasaskan kaum tetapi parti terbabit tidak bersifat perkauman dan ia boleh dilihat melalui calon BN pada pilihan raya.

“Parti pembangkang seperti DAP yang sebenarnya mengamalkan sikap perkauman. DAP dari dulu hingga sekarang bertanding di kerusi yang majoritinya orang Cina."

“Jika benar DAP parti untuk semua kaum mengapa parti itu tidak meletakkan calon bertanding di kawasan yang majoritinya orang Melayu,” katanya.


Mengulas lanjut, Zambry berkata, walaupun dalam BN parti yang ditubuhkan berasaskan kaum tetapi tidak bermakna parti itu mengamalkan sifat perkauman.

Sebaliknya, kata beliau, parti pembangkang yang selama ini memberi gambaran parti dalam BN bersifat perkauman.

Beliau berkata, beberapa pelabur Singapura menyatakan berminat untuk melabur di Perak terutama dalam bidang hartanah dan galian.

No comments:

Post a Comment