Monday, 5 March 2012

Gempar!!! NZ Garden "Jem" Dengan Peminat Teh Tarik Bersama Kelab Veteran MAYC Malaysia???... #ttyb @NajibRazak @uzaidi @zamielzukie





Biar betul citer nie???... Takkan Restoran NZ Garden yang besar dan luas tuh boleh "Jem" dengan manusia yang datang menyaksikan program "Teh Tarik Bersama Kelab Veteran MAYC Malaysia".


Program malam ini disampaikan oleh pengerusinya, Dato Nasir Safar yang menjelaskan secara terperinci mengenai apa itu "Gagasan 1Malaysia".

50 tahun yang lalu, orang Melayu tidak mampu menguasai peruncitan negara. Dengan pengenalan Gagasan 1Malaysia seiring dengan pengenalan 'Kedai Rakyat 1Malaysia' atau dikenali sebagai "KR1M", tidak mustahil bangsa Melayu mampu untuk menguasai peruncitan dalam ekonomi negara dalam masa 50 tahun akan datang.

Isu hak orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan 153 dan 152 mesti dipertahankan, belum ada lagi sesiapa yang mati kerana istilah 'Ketuanan Melayu yang telah dipersetujui oleh datuk nenek kita daripada pelbagai kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Datuk nenek kita telah sama-sama bersetuju dengan 'Ketuanan Melayu' demi sebuah kemerdekaan dengan pengorbanan orang Melayu menyerahkan 'Kewarganegaraan' utk dikongsi bersama dengan kaum lain yang datang ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki.

Sudah menjadi tanggungjawab orang Melayu mesti pertahankan Perlembagaan kerana ini yang akan menyelamatkan bangsa Melayu dari dahulu hingga ke masa depan anak cucu kita.

Kerajaan akan mengurus negara berdasarkan perlembagaannya. Bagaimana untuk mengurus negara jika tiada perlembagaan sebagai sandaran.

Perubahan pendidikan yang jauh berubah daripada sebelum merdeka dan selepas merdeka menyebabkan orang melayu semakin jauh dengan akar umbi sebagai melayu.

Sebagai penutup kepada perbincangan ini Kulaan tertarik dengan serangkap pantun yang dibaca oleh Pengerusi Kelab Veteran MAYC Malaysia, Dato Nasir Safar telah melahirkan serangkap pantun yang lahir dari luahan perasaan terbit dari lubuk hati.

Takkan kutitiskan airmata
Takkan kurasa kecewa
Biar perjuangan tidak terbela
Aku tetap melangkah demi 1malaysia

No comments:

Post a Comment