Wednesday, 14 March 2012

Kerajaan Pas Kedah Plan Nak Tukar Jelapang Padi Kepada Jelapang Babi???...


Lu orang terkejut ka tengok tajuk tuh? Bukan lu sorang, gua pun terkejut gak. Tapi ini yang bakal berlaku di Kedah dalam masa yang terdekat.

Negeri Kedah yang memang tersohor dengan jolokan "Negeri Jelapang Padi" bakal dibabinisasikan menjadi "Kedah Jelapang Babi" bila kerajaan Kedah meluluskan projek pembinaan kandang babi secara besar-besaran menggunakan kaedah moden.


Menteri Besar Kedah, Azizan menerima tekanan daripada DAP dalam Pakatan agar meluluskan projek ladang penternakan babi secara moden dan besar-besaran yang mungkin ladang ternakan terbesar di Malaysia.

Tahniah kepada kerajaan Kedah Pas di bawah kepimpinan Azizan yang hanya menjadi pak turut kepada tekana DAP.

Inilah sebagai satu bukti bahawa tidak mustahil majoriti mengikut telunjuk minoriti. Inilah juga yang akan berlaku di masa depan bila orang melayu sebagai majoriti terpaksa mengikut kata dan telunjuk kaum minoriti di Malaysia jika Pakatan berjaya menakluki Putrajaya.

No comments:

Post a Comment