Monday, 26 March 2012

Panas!!! Scha Al-Yahya Dilamar Awal Ashaari Secara Terbuka???...


Terkejut gak gua bila gua dapat cerita pengacara, Awal Ashaari telah membuat kejutan dengan melamar kekasihnya Scha Al-Yahya untuk dijadikan isteri secara langsung dalam set Propaganza yang bersiaran di Astro Ria.

Gua dengar citer ketika melamar Scha Al Yahya, Awal Ashaari turut menghadiahkan sebentuk cincin, sejambak bunga ros dan patung beruang sebesar manusia.

Scha yang terkejut dengan tindakan spontan Awal itu dengan sebak terus menerima lamaran berkenaan.


Awal Ashaari memberitahu dia sudah lama menunggu hari untuk melamar Scha dan semalam iaitu 25 Mac merupakan tarikh sesuai kerana ianya bersamaan dengan ulang tahun percintaan mereka yang ke dua tahun enam bulan.

Walaubagaimanapun mereka bakal mengumumkan tarikh perkahwinan mereka dalam sidang media yang akan berlangsung di Flora Cafe, jam 3 petang, pada 27 Mac ini.

Pasangan selebriti tersebut muncul dalam program hiburan itu sebagai tetamu jemputan.

Aduh! Frust gak gua dengar citer Scha kini sudah berpunya tapi gua gentle beb... dan gua ucapkan tahniah kepada kedua pasangan dan kepada Awal Ahaari gua say "the best man win..."

No comments:

Post a Comment