Tuesday, 6 March 2012

PapaGomo vs Double Y : The End of "Clash of The Titans"


Tepat jam 2 pagi tadi dan kira-kira sudah hampir 14 jam berlalu dari tempoh masa 3 hari yang diberikan oleh Double Y mencabar agar PapaGomo menjawab segala cabaran beliau. Sehingga kini nampaknya kedua-dua pihak tidak mengeluarkan apa-apa artikel atau kenyataan sama ada menyahut cabaran atau terus dengan episod cabar mencabar.

Seolah-olah tidak apa-apa yang berlaku antara mereka berdua. Cuma penyokong kedua belah pihak saja yang cuba menyampuk seperti wakil jurucakap pulak gayanya.

Banyak persoalan timbul di kepala hotak blogger-blogger lain termasuk pembaca setia blog-blog terpinga-pinga kenapa isu besar ini yang hangat dan panas di blogosfera sejak dua menjak terus jadi sejuk macam the ais.


Menurut khabar yang di bawa angin sepoi-sepoi bahasa, PapaGomo telah di"sound" oleh penajanya agar 'stand down' daripada terus menyerang Double Y dan sekutunya jika tidak mahu tajaan itu ditarik balik. Entah benar atau tidak fakta itu masih perlu digali lagi.

Apa pun harapan Kulaan agar persengketaan ini ditamatkan dengan cara baik demi perjuangan kita menentang musuh yang sebenar-benarnya di seberang sana. Usah la kita bercakaran sesama kita yang akhirnya pihak pembangkang bersorak gembira seperti kata orang-orang tua "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

Yang sudah tu sudah la. "Enough is enough", kedua belah pihak buat jer kerja masing-masing selepas ini. Boleh tak PapaGomo n Double Y?

1 comment: