Monday, 9 April 2012

Airmata Anak-anak Yatim Menitis Takkala #AmanKampus Datang Melawat Kerana Orang Kaya Hanya Ingat Ketika Ramadhan Sahaja... @NajibRazak @khalednordin @razaliibrahim @AmanKampus @shaharabd



Kata-kata ini diluahkan kepada saya oleh salah seorang penghuni asrama anak-anak yatim Rumah Harapan Putera & Puteri yang terletak di Taman Sabariah, Pengkalan Chepa Kelantan.

Jawapan yang jujur ini diluahkan apabila saya sempat bertanyakan kepada mereka ketika melawat anak-anak yatim di rumah berkenaan bersama mahasiswa Jelajah Aman Kampus.

Mendengar kata-kata ini membuatkan saya terkedu serta sebak dan terfikir sejenak tentang apa yang dinyatakan oleh adik perempuan yang telah menetap di asrama tersebut selama 4 tahun. 


Jika difikirkan kembali memang ada kebenaran dengan apa yang diluahkan olehnya. Kita dapat melihat dengan jelas 'keghairahan' orang-orang kaya, syarikat-syarikat korporat meraikan anak-anak yatim di hotel bertaraf 5 bintang setiap kali tiba bulan Ramadhan. 

Tetapi selepas itu kita seolah-olah terlupa untuk meraikan dan menggembirakan mereka. Hanya di bulan Ramadhan kita dapat melihat pelbagai pihak tampil meraikan anak-anak yatim dengan membawa mereka ke hotel-hotel mewah untuk menikmati hidangan bercitarasakan luar negara yang mana kadang-kala makanan yang dihidangkan kepada mereka sikit pun tidak mengikut selera mereka.

Mereka tidak meminta disumbangkan barangan yang mewah-mewah, bagi mereka jika ada yang sudi melawat dan membawa sebiji gula-gula atau pun aiskrim itu sudah cukup menggembirakan hati mereka.

Kerana apa yang mereka mahukan adalah kasih sayang seorang ibu, ayah, abang, kakak atau seseorang yang boleh jadikan tempat untuk menumpang kasih dan mengadu.

Mengambil kira inisiatif inilah Jelajah Aman Kampus - ASPIRASI MAHASISWA telah mendekati golongan anak-anak yatim ketika mereka berada di kampus Universiti Malaysia Kelantan.

Sumber : Double Y

No comments:

Post a Comment