Monday, 2 April 2012

Antara Bar Council Dengan RELA, Siapa Yang Lebih Berjasa Kepada Rakyat Dan Masyarakat???... @NajibRazak @HishammuddinH2O



Sejak sehari dua ni negara dikejutkan dengan berita 'awang hitam' warga Nigeria mati dibelasah oleh anggota RELA kerana awang hitam ini dikatakan mencabul kehormatan seorang wanita. Kejadian yang berlaku di Kajang menjadi gempar lantas satu pihak yang dikenali sebagai Bar Council pulak melatah menyebelahi awang hitam dengan mendesak kerajaan mansuhkan RELA.

Cuba korang duduk diam-diam dan guna kepala hotak untuk berfikir. Kalo bukan kerana jasa anggota RELA kat tempat korang, sapa yang nak jaga parking masa majlis kenduri-kendara? Sapa yang nak jaga trafik masa program komuniti atau kemasyarakatan? Masa getah sekerap naik harga, sapa yang jaga kebun getah mak bapak korang? Masa korang nyenyak tido, sapa yang bersengkang mata meronda kawasan? Masa anak bini korang kena ganggu dengan warga asing, sapa yang mai tolong? Masa bencana alam dan musibah, sapa yang bersengkang mata tak tido malam? Masa ahli keluarga korang kemalangan mati lemas, sapa yang dok susah payah tolong cari?





Ada anggota Bar Council nak buat semua tu? Mau ka depa puak-puak Bar Council tuh nak turun padang buat kerja ni? Depa yang duduk kat dalam Bar Council tu pun pakai khidmat RELA masa kenduri kawin anak depa. Depa pun pakai RELA masa nak buat program depa. Bila sesak mai cari anggota RELA gak nak angkat tu nak angkat ni. Kacang Lupakan Kulit betul la depa ni.

Cakap memang senang, buat belum tau. Cuba korang timbang antara jasa anggota RELA yang dah membantu rakyat dan masyarakat setempat dengan APA JASA puak-puak Bar Council nie? Nak suruh kerajaan mansuhkan RELA konon hanya kerana satu dua kes terpencil salahlaku anggotanya. Biasa la dah adat dunia. Mana ada yang sempurna. Dalam polis pun ada berlaku salahlaku oleh anggotanya yang juga manusia biasa yang mudah terpengaruh dengan kuasa dan wang ringgit. Takkan nak mansuhkan polis plak.



Apa dalam Bar Council tak berlaku salahguna kuasa atau anggota Bar Council yang ada salahlaku dan dikenakan tindakan mahkamah. "Perfect" sangat ka Bar Council tuh. Gua bagi contoh mudah : dalam kes pembunuhan Sosilawati, bukan ka geng depa dalam Bar Council yang dok buat kerja terkutuk bunuh orang. Asal tak bubarkan aje Bar Council? Yang terbaru kes pecah amanah membabitkan anak beranak jadi 'lawyer' bukan sikit-sikit duit, 12 juta beb...  Asal tak bubarkan aje Bar Council?




oooooo... Bila kena tang muka depa, depa buat donno. Bila kena kat orang sikit jer, melompat mengalahkan Beruk Mak Yea...


Ni la masalahnya dengan puak-puak Bar Council yang dah "belajar tinggi-tinggi, tapi bodoh bertingkat-tingkat" serta dah termakan dengan pengaruh serta hasutan pihak pembangkang.



Gua amat bersetuju dengan kenyataan sahabat gua MatKilauPenang yang gua petik sedikit. Artikel penuh boleh KLIK SINI.

Walaupun terbabit secara langsung dalam menjaga keselamatan, Rela masih terlibat dengan aktiviti sukarela seperti gotong royong, membantu membersihkan rumah mangsa banjir, menjaga lalu lintas semasa majlis kenduri kahwin atau di pasar malam tanpa dibayar elaun RM4 sejam kerana ia terpulang kepada penganjur.
Pasukan Rela juga boleh berfungsi sebagai agen perpaduan kerana ia turut disertai kaum Melayu, Cina dan India, sejajar dengan konsep Gagasan 1Malaysia.
Terbaru pihak Bar Council mahu tugas-tugas ini perlu diserahkan kepada pihak Polis dan Rela perlu dimansuhkan adakah ini releven pada masa kini,Bagi MKP ini adalah tidak perlu selepas aapa yang MKP nyatakan diatas.Pihak Bar Council takut dengan femomena ini kerana ianya penglibatan Rela adalah datangnya dari rakyat dan lebih dekat dengan rakyat kerana mereka sendiri menyertainya.
Pihak Bar Council telah banyak masalah dalaman dan berapa banyak ahlinya serta kepimpinannya melanggar undang-undang padahal Bar Council ditubuhkan untuk memperkasakan undang-undang itu sendiri.Dengan kuasa yang telah diberi pihak Bar Cauncil telah menyalah guna kuasa yang diberi.Apa dah jadi dengan penglibatan Datuk yang menjadi ahli dalam kes Solilawati?Bar Council telah diperkudakan oleh elitis didalam pakatan tipu rakyat demi mengucar-kacirkan Rela yang telah banyak mambantu rakyat.Pakatan pembangkang dan Bar Council bimbang dengan penglibatan Rela dengan masyarakat.

2 comments:

  1. RELA boleh berbahasa melayu dengan baik, BAR Concil boleh? HARAM tak mampu!

    ReplyDelete
  2. Yang dipukul tu penjenayah.Apa yang bar council nak heboh?cuba mangsa tu ahli keluarga mereka.

    ReplyDelete