hahahahahahahahaha!!!! kalo jadi
mahasewel macam nie la kesudahannya
nanti... muka tak berseri-seri kena pecah
dengan masyarakat....
cuba bandingkan muka mahasewel dengan
mahasiswa waras... kan berseri-seri muka
depa nie... ada cahaya "Nur" lagi tuh sebab
diberkati Allah kerana belajar adalah salah
satu jihad fisabillillah...
HADITH MENGENAI KELEBIHAN MENUNTUT ILMU
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan.” Riwayat Abu ad-Darda’ r.a
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Siapa yang keluar untut menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali.” Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu)atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut ) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” Riwayat al-Bazzar
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapat habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak.” Riwayat
Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri cina, kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut". Hadis Riwayat Al BaraAbu Daud
No comments:
Post a Comment