Friday, 20 April 2012

Kesesakan Melampau Di KDN Putrajaya Dek Kerana Sikap "Last Minit" Masyarakat Malaysia???... @HishammuddinH20 @KP_Rela @RelaMalaysia @ibniRELA





Semalam gua sempat singgah ke Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya yang menempatkan KDN, JPJ, JAKIM dan beberapa agensi kerajaan yang lain untuk bertemu sahabat lama.

Sebelum jalan masuk ke Kompleks D gua tengok deretan panjang kereta yang nak masuk ke Kompleks D. Gua tertanya-tanya dalam hati, ada function ka sampai beratur panjang kereta ni. Gua pun masuk pelan-pelan ke dalam Kompleks D tengok apa cerita.

Selidik punya selidik rupa-rupanya "meriah" dengan kehadiran orang luar yang nak berurusan di KDN pasal Program 6P yang dilanjutkan sehingga Jun ni menurut orang ramai yang ditemui. Gua pun cari parking terus menyusup dicelah-celah manusia yang dok berkumpul.

Betul-betul punya "1Malaysia" dengan pelbagai bangsa pelbagai "peel". Ada melayu, ada cina, ada india, ada indon, ada bangla, ada pakistan, ada myanmar, ada yang gua pun tak tau nak kata bangsa apa. Macam iklan Astro "macam-macam ada".

Gua perhatikan gelagat orang ramai yang juga pelanggan Program 6P yang datang. Macam-macam "peel", macam-macam kerenah, macam-macam hal. Ada yang okey tu okey la tapi ada yang tak reti sabar dengan tak reti bahasa tu yang gua hangin jer.


Dah ler dia buat kerja last minit sedangkan pihak kerajaan dan KDN telah memberi masa yang panjang dan secukupnya kepada majikan untuk mendaftarkan pekerja asing tanpa permit kerja yang sah. Dah la buat kerja last minit pastu tak paham bahasa.

Gua cuba sembang dengan seorang anggota Rela yang gua tengok berdedikasi bertugas walaupun lepas kena marah dengan satu mamat cina yang dah la tak reti cakap melayu tapi mengaku rakyat Malaysia. Asal boleh jadi jalan "jem" ngan keta yang parking sesuka hati. Belum pun sempat anggota tu bersuara, gua dengar suara kecoh-kecoh.

Gua pun bergegas ushar ler. Ada sorang mamat melayu boleh 'sound' anggota Rela yang bertugas mintak dia parking keta kat tempat lain sebab menghalang perjalanan kenderaan lain. Inilah sikap rakyat Malaysia.

Apa pun gua "salute" dan ucapkan tahniah kepada anggota Rela yang bertugas atas sikap profesional mereka. Jika inilah sikap anggota Rela, tak mustahil ia boleh menarik lebih ramai lagi rakyat terutama golongan muda menyertai skuad sukarela ini.

Tahniah juga kepada Datuk Seri Hishammuddin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Rela kerana menambahbaik peranan anggota Rela di mata masyarakat.

1 comment:

  1. http://pru13n9.blogspot.com/2012/04/pru13-pakatan-rakyat-sudah-kecut-perut.html

    Mohon tuan linkkan blog address kami di blog tuan yang masyur ini.. tq

    ReplyDelete