Tuesday, 17 April 2012

Panas!!! Exco MPS Salah Guna Kuasa Arah Penguatkuasa MPS Turunkan Bendera UMNO/BN???...

Gua baru nak lepak minum kat kedai mamak sementara tunggu servis keta kat area Hulu Kelang. Tup tup dapat info daripada kengkawan kata penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bertindak menurunkan bendera BN sahaja.

Lokasi kejadian adalah di sekitar Taman Seri Gombak, Gomabak dalam kawan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang berlaku jam 11 pagi semalam. Gambar kejadian diambil oleh seorang sahabat daripada sumber TheTarikBersamaYB.com. Gambar yang jelas dua penguatkuasa sedang menurunkan dan membawa bendera BN.

Menurut sumber, beliau bertanyakan kenapa bendera tersebut diturunkan. Jawapan yang diberikan adalah "arahan pihak atasan". Sumber bertanya lagi kenapa hanya bendera BN yang diturunkan sedangkan bendera pembangkang dibiarkan berkibar megah. Jawab penguatkuasa tersebut "arahan pihak atasan".

Halamak! Semua arahan pihak atasan. Pihak atasan tu pulak dapat arahan daripada siapa?. Siapa lebih atas daripada pihak atasan pentadbiran penguatkuasa MPS kalau bukan EXCO Majlis Perbandaran. Siapa pulak EXCO Majlis Perbandaran Selayang yang termasuk dalam jajahannya adalah Gombak? Siapa pulak ahli Parlimen Gombak kalo bukan Azmin Ali?. Siapa pulak Azmin Ali kalo bukan salah seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat daripada PKR?.

Jadi gua malas nak story panjang pasal korang pun dah tau kesudahan cerita ini. Ceritanya adalah sama iaitu pembangkang sering mengatakan dan memfitnah bahawa UMNO dan BN sering menyalahguna kuasa ketika memerintah. Tidak ada bezanya dengan pembangkang sekarang iaitu Pakatan Rakyat yang jadi kerajaan dalam negeri Selangor juga menyalahgunakan kuasa yang diberi oleh rakyat Selangor.

Nantikan pembongkaran terkini isu penguatkuasa MPS menurunkan bendera BN ini dalam entri terkini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. Betul tuan.... takpa kita akan terus naikkan lagi bendera BN..

    Mohon add link blog saya tuan...

    http://gombakgempur.blogspot.com/

    ReplyDelete