Saturday, 21 April 2012

Pemimpin UMNO/BN Perlu Berubah Jika Mahu Menang PRU13 Nanti!!!... @NajibRazak @HishammuddinH2O @AhmadMaslan @KhairyKJ @razaliibrahim


Gua mulakan entri gua kali ini dengan ucapan Assalammualaikum kepada pembaca setia blog gua dan juga kepada semua pemimpin terutama pemimpin UMNO dan BN. Entri gua kali ini pun ada sikit kelainan kerana gua lebih suka menjurus kepada menegur dan mengkritik secara membina bukan dengan cara maki hamun.

Gua mungkin masih baru dalam dunia politik ni dan mungkin boleh dianggap sebagai "baru setahun jagung" tetapi daripada pemerhatian gua jika tidak ditegur dan dinasihati pemimpin atasan terutama pemimpin yang dah lama menjadi ketua dan pemimpin atasan, penyakit ini akan menjadi barah yang bakal membawa maut kepada parti UMNO khasnya.

Gua lihat fenomena pemimpin lama yang agak sudah berumur seperti sayang mahu melepaskan jawatan yang disandang di peringkat cawangan, bahagian, negeri, nasional, DUN atau Parlimen kepada mereka yang lebih layak dan lebih bertenaga.

Dek kerana sudah terlalu lama memegang kuasa menyebabkan kuasa dan jawatan itu sudah sebati menjadi seperti darah daging yang melekat di tubuh badan. Perhatikan la senarai nama yang dicalonkan untuk memegang sesuatu jawatan sama ada diperingkat cawangan, bahagian, negeri, nasional, DUN atau Parlimen, berapa ramai muka-muka baru yang lebih muda dan "fresh" diketengahkan.

Balik-balik muka yang sama saja ditonjolkan. Bukan gua menafikan bahawa ada jugak pemimpin lama ni yang bagus dan rajin bekerja untuk parti dan rakyat. Mereka-mereka ini harus kita sokong dan bantu. Tapi apa yang gua kesalkan bila pemimpin sedia ada yang tidak bekerja dan turun padang menolong serta membantu rakyat bawahan yang menjadi tunjang dan akar.

Gua lihat pemimpin-pemimpin yang sibuk mengumpul kekayaan dengan menjolok projek-projek ini haruslah digantikan kerana mereka inilah bisa yang secara perlahan-lahan melemahkan parti. Baru saja dilantik memegang jawatan sudah menukar kereta besar, rumah besar dan yang lebih teruk bini pun ditambah. Buang saja mereka ini terus.


Banyak kesilapan, kesalahan, penyalahgunaan kuasa dan wang ringgit yang gua lihat berlaku dalam alam politik ini dek kerana mereka ini tidak dapat menahan nafsu lantaran nafsu yang menguasai akal bukan akal yang mengawal nafsu.

Kesannya bila kesalahan ini di bawa ke muka pengadilan dan dijatuhi hukuman, maka rakyat mula membuat pelbagai penilai dan perbandingan yang akhirnya membawa kepada satu keputusan yang diambil rakyat yang diterjemahkan ke atas kertas undi ketika pilihanraya.

Bahkan pemimpin-pemimpin lama seperti inilah yang bertindak lebih kejam dengan mencantas pemimpin baru yang muda. Pemimpin muda yang punya bakat kepimpinan dan disukai rakyat dicantas ketika penyenaraian nama atau ketika bertanding sama perbuatannya ketika peristiwa Singapura dilanggar todak. Idea yang dilontarkan oleh seorang budak agar memacakkan batang pisang lebih efisyen daripada menahan betis telah menyebabkan pemimpin lama menjadi gusar dengan anggapan budak ini bakal mengambil tempat mereka.

No comments:

Post a Comment