Thursday, 19 April 2012

Puaka Niring : Pai ‘Mayat’ Laris???...


PERNAMBUCO (Brazil): Beratus-ratus penduduk dikhuatiri telah memakan daging paha dan pinggul mangsa pembunuhan selepas daging mereka dijadikan inti pai.

Penjaja, Isabel da Silbeira menjualnya setiap hari kepada penduduk tempatan di sekitar bandar ini.

Polis percaya, makanan itu yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai empanada, mengandungi bahagian tubuh sekurang-kurangnya dua wanita yang dibunuhnya bersama-sama suaminya, Jorge, 50.

Kedua-duanya dibantu oleh wanita berusia 25 tahun, Bruna Cristina da Silva, juga kekasih Jorge.

Laporan sebelum ini menyatakan, Jorge ialah pakar karate.

Sebahagian mayat Alexandra Falcao, 20, dan seorang lagi wanita berusia 31 tahun ditemui dalam peti sejuk sementara sebahagian lagi tertanam di belakang rumah pasangan itu di Garanhuns, timur laut Brazil.


Polis turut menemui kanak-kanak berusia lima tahun, dipercayai anak seorang gadis berumur 17 tahun yang dilapor hilang dari bandar berhampiran pada 2008.

Ketua Polis, Wesley Fernandes berkata, ketiga-tiga mereka merancang membunuh seorang pemuda sebagai mangsa ketiga mereka.

“Mereka sudah membuat perancangan dan menetapkan tarikh untuk membunuh lelaki itu. Kedua-dua pembunuhan yang mereka lakukan sama saja - menikam hingga mati, mengalirkan darah, memotong mayat mangsa dan mengambil bahagian paling enak untuk dibuat inti empanada.

“Apabila Isabel keluar, dia akan menjaja pai itu. Ia habis dalam sekelip mata. Ia amat popular,” kata Fernandes.

Pegawai polis itu juga berkata, ketiga-tiga suspek turut memakan mayat mangsa kerana yakin ia boleh membersihkan jiwa mereka. “Dengan membolehkan orang lain memakan daging itu juga, mereka menganggap ia akan membantu mereka menjadi suci juga,” kata Fernandes. Polis mula menjejaki ketiga-tiga suspek selepas seorang wanita terbabit ditangkap menggunakan kad kredit seorang mangsa yang hilang bulan lalu.

1 comment:

  1. Salam perjuangan. Mohon dipautkan blog saya di blog hebat ini.

    http://assassincyber.blogspot.com

    TQ

    ReplyDelete