Thursday, 24 May 2012

Biar Betul Ada Motor Terbang Kat Putrajaya... #HBN2012 @shaberychik @razaliibrahim @beliabangkit






Mula-mula gua tak caya gak citer member gua mat motor tapi bukan mat rempit pasal kononnya ada "motor terbang" kat Putrajaya. Ish! Gua yang duduk Putrajaya pun asal boleh tak tak sory ni. Kalo betul la story sensasi ni, confirm boleh buat story puaka niring.

Berdasarkan panduan dan arah tuju yang member gua bagi macam mana nak pi tempat tuh. Sampai kat sana gua dengar bunyi motor bukan main bingit lagi. Cantik... Kata gua. Bunyi motor dah betul.

Gua pun melangkah dengan berhati-hati ke arah bunyi motor tu. Wow! Kagum gua dengan motor-motor ni yang sedang melayang, memusing atas kepala gua. Memang betul la kata member gua, motor terbang atas kepala. Itulah aksi Freesyle Motorcross Xtreme sempena Himpunan Jutaan Belia hari yang memulakan aksinya hari ini.

Gua pun ambik 3 4 keping gambar aksi-aksi menggerun yang dilakukan oleh mat motorcross ni. Gua tanya crew yang bertugas mamat motorcross freestyle ni orang Malaysia. Depa kata majoriti adalah profesional freestyle motorcross dari luar negara seperti Jepun dan Eropah.

Apa pun gua salute kat beberapa anak muda Malaysia yang sudah meningkat tahap mereka sehingga boleh beraksi bersama pemandu luar. Kepada orang ramai di luar sana, anda dijemput ke Himpunan Jutaan Belia 2012 kat Presint 3 Putrajaya.

Jumpa anda disana.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment