Friday, 18 May 2012

Jawapan Blogger APA Dengan Dakwaan Dan Tohmahan PapaGomo... @NajibRazak @HishammuddinH2O @ahmadmaslan @KhairyKJ @razaliibrahim


Semenjak dua menjak nie heboh dengan dakwaan dan tohmahan PapaGomo bertaraf SPM terhadap UMB terutama kepada blogger-blogger yang PapaGomo dakwa blogger UMB... Salah seorang yang ditohmah tidak mengenang jasa ialah blogger APA dan Double Y...

Kat sini gua masukkan jawapan blogger APA [KLIKSINI] terhadap tohmahan yang didakwa oleh PapaGomo bertaraf SPM... Betul ker PapaGomo bertaraf SPM blogger tak bertuan dan bukan kaki pau...

Nak senyum pun ada nak simpati pun ada bila aku membaca RINTIHAN HATI DISINI BabyGomo aka PapaGomo blogger tersohor Malaya hari ini.Blogger yang digeruni semua pihak dan bakal menentukan kalah menangnya Umno/BN dalam PRU akan datang.

Tak usah buat MADAH BERHELAH lah Gomo.Lu pun tahu apa sebab bloggers UMB melenting kali ini.Kalau lu tak jolok tak sebut nama UMB diaorang pun tak bersebab nak melenting dengan lu.Ini hujan tak ada,ribut tak ada dan masing masing sibuk dengan program masing masing...lu lak meroyan ntah apa pasal.

Jadi soalan lu tanya kenapa bloggers UMB je yang attack lu sedangkan bloggers lain tak campur lu dah jawap sendiri kat atas.Mungkin diaorang memang tak mahu campur dan mungkin juga TAKUT dengan lu nanti kena BOIKOT macam pengalaman yang gua pernah lalui.Gua agak agak je lah kalau MO lu dan kawan kawan lu masih tak berubah.

Lu tak payah nak ungkitlah PERTOLONGAN SEKALI atau kalau boleh gua anggap UMPANAN SEKALI assignment dengan ajensi kerajaan tu bro,tapi sebagai manusia yang mengenang budi gua tetap berterima kasih dan akan mengenang nya sampai bila bila.Tapi itu jangan dijadikan SENJATA untuk memperalatkan bloggers bro...itu kerja banyak busuk.

Mungkin lu tak tahu kenapa gua memilih untuk bersama UMB walaupun kini gua dah tidak bersama diaorang lagi?Hanya bila gua nampak betapa KOTOR nya game PAU PAU yang lu dan gang lu mainkan barulah gua sedar kewujudan bloggers dengan berbagai sebab dan matlamat.Mungkin lu lupa dalam konvensyen di KLI Hotel gua ada datang jumpa lu bertanya kenapa gua rasa macam di boikot oleh gang gang kita?Lu cuma ketawa dan suruh gua rujuk dan tanya Parpukari disuatu sudut dan bila gua approach Parpukari dia pun tak bagi jawapan yang pasti cuma bertanya gua apa yang dah gua lakukan terhadap The Flyingkick.Lu orang buat gua macam bola ditendang kesana sini bila gua yang naive perlukan penjelasan.

Tapi Parpukari lupa dengan menyuruh gua merujuk kepada The Flyingkick dia dah mengesahkan GAME PAU PAU yang gua syak lu orang mainkan terhadap pemimpin.Tak perlu lah gua nak perincikan apa dia sebab lu orang pastinya lebih memahami maksud gua.Jadi itulah permulaan nya gua mula menyisih dari kumpulan lu orang sebelum menyertai UMB dan Tun Faisal.Jadi jangan lah lu nak ungkit UMPAN sekali yang lu tolong assignment dengan ajensi itu sebagai alasan gua tak mengenang budi lu bro Gomo.Gua ingat,tapi gua pun tak lah sebodoh mana walaupun taklah berapa cerdik.

Tapi bodoh bodoh gua Gomo..gua dah pernah menyumbang beratus juta kepada UMNO lama sebelum lu kenal apa itu komputer apatahlagi nak berblog.Cuma gua ni tak suka nak gebang cakap besar macam hebat sangat sedangkan bulu kepak baru tumbuh sehelai dua dah rasa macam burung Merak.Tapi setidak tidak nya terbukti gua berjaya lakukan TUGAS untuk PRU11 2004 dengan jayanya walau TIDAK DIBAYAR SATU SEN pun oleh Umno.Lu boleh ke bro...?Ada sesiapa berani menafikan nya..?

Sebab itu gua boleh maki hamun Pak Lah ikut suka hati emak bapak gua...lu ada berani?Kalau mantan PM dan kadang kadang PM gua berani tegur..lu ingat gua heran sangat ke dengan blogger waima yang TERSOHOR NUMERO UNO macam lu bro?Cuma gua menghormati komuniti bloggers ini sebagai satu keluarga besar yang saling membantu.Tapi kalau dalam komuniti bloggers ini ada yang perasan nak jadi KING..pasti gua sesah punya.Jadi buang buanglah perangai buruk lu tu Gomo dan buat je lah kerja yang telah diamanahkan kepada lu dan gang lu.Tak usah nak ambil hal UMB yang tidak pernah menganggu keberadaan lu dalam dunia blogger ini.

Lu pandai ayat...lu pandai klentong...lu pandai PAU..itu lu punya hal!Tapi kalau periuk nasi UMB yang dibayar tak seberapa ini pun lu nak bubuh pasir dan lu nak sabotaj lu silap besarlah Gomo.Takkan tak cukup cukup dana yang disalurkan kepada lu melalui BTN,PMO,KDN dan ntah apa lagi ajensi kerajaan selama ini?Takkan dana tak seberapa dari Umno untuk bloggers yang bernaung dibawah logo Umno pun lu nak sesah?

Agak agaklah bro...

MACAM GUA KATA,GUA READY TO PLAY THE ZERO SUM GAME DENGAN LU BRO...


LU BERSEDIA TAK ?????

4 comments:

  1. alaahhh walopun lu ada degree dari UPM taraf lu driver aje beb... mana sama dgan gomo! lu jangan menyibuk bleh??

    ReplyDelete
  2. driver pun nak menyibuk.kecohlah lu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gomo x cukup mkn lagi. Habis di sapunya. Tulisan x hebat mana. Jgn lupa daratan beb. Gomo..ku sedarlah duri sikit. ranai yg dh meluat anjing dgn lu.

      Delete
  3. APA LAA KORANG NI...SIKIT SAMA SIKIT BANYAK SAMA BANYAK.. JANGAN REBUT2 DAN TAMAK2...REZEKI DIA BIAR DIA MAKAN..REZEKI LU PULAK LU BOLEH MAKAN DENGAN SENANG HATI... APA MAU DENGKI2..INILAH ORANG MELAYU...MACAM MANA MELAYU NAK MAJU.. KAT ALAM SIBER PUN NAK DENGKI2...

    ReplyDelete