Monday, 14 May 2012

Kaki Drifter Yang Ada Telor Boleh "Fight" Kat Sini Kalo Berani La... #HBN2012 @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit


KBS Autokhana (Tar Mac Attack) adalah adalah precision driving event. Pergerakan adalah bermula dengan melalui pusingan litar kemudian melakukan aksi parking, breaking point, slaloms (zig-zag) dalam keadaan kehadapan dan kebelakang. 

Pemenang ditentukan berdasarkan kepantasan masa yang dicatat menggunakan sistem sensor berkomputer, dan jentera yang tiba dahulu di garisan penamat. Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memperhebatkan lagi kempen ”Katakan Tidak Pada Lumba Haram” kepada peserta dan ribuan pengunjung khususnya golongan belia pemotoran hingga ke peringkat akar umbi. 

Seterusnya menyediakan prasarana trek perlumbaan (Litar Autokhana) bagi pasukan-pasukan serta peminat sukan Autokhana di seluruh pelusuk tanah air untuk berlumba dengan kadar yang selamat, kos efektif, profesional serta terkawal dan memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram, penyalahgunaan dadah dan masalah gejala sosial di kalangan belia khususnya remaja. 

Pertandingan ini terbahagi kepada 5 kategori utama iaitu Kereta NA<1,000 cc / 1,000cc < NA < 1,600cc / 1,600cc < NA < 1,800cc / 1,800cc < NA < 2,000cc dan kategori OPEN cc yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM 6,000.00 beserta trofi dan barangan penajaan. 

Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia boleh turut serta apabila telah lulus tapisan keselamatan dan memenuhi syarat-syarat penyertaan dari pihak penganjur.

SEGMEN : FAST AND FURIOUS
PROGRAM : KBS AUTOKHANA (TAR MAC ATTACK)
PENYELARAS PROJEK : HAZRI NIZAM BIN ZAKARIA
NO. TELEFON : 03-8871 3415/017 322 3334

No comments:

Post a Comment