Monday, 7 May 2012

Kes Azmin Jamban, Kak Wan Masih Berdiam Diri???...


Pelik atau tidak, terpulang kepada anda tetapi ramai yang menyatakan kehairanan berhubung sikap membisu Wan Azizah dan Nurul Azizah dalam kes SKANDAL SEKS JAMBAN yang membabitkan Azmin Ali. 

Berbeza dari sebelumnya, kedua-dua beranak itu kelihatan dan cukup aktif untuk mempertahankan Anwar Ibrahim yang terbabit dalam skandal yang memalukan. Kalau hendak dikatakan Azmin bukan dari kalangan keluarga Anwar Ibrahim, rasa-rasanya semua orang cukup tahu bagaimana sayangnya Anwar kepada Azmin sehinggakan Anwar sanggup kehilangan kawan-kawannya yang lain asalkan Azmin tidak merajuk, menghentak kaki mahupun memuncungkan bibirnya. 

Wan Azizah dan Nurul langsung tidak memberikan sebarang komen berhubung skandal seks lubang jamban seolah-olah skandal seks jamban Azmin tidak akan memberi sebarang kesan kepada PKR dan Pakatan Rakyat. Wan Azizah yang kali terakhir melakukan pembelaan adalah tentang kehilangan jam tangan OMEGA milik suaminya yang dikatakan masih dalam simpanannya, kononnya.

Manakala Nurul Izzah pula kali terakhir adalah apabila dimalukan di Bukit Kerinchi setelah penduduk disusahkan untuk berpindah ke rumah baru yang lebih selesa akibat hasutan bodoh anak orang kaya sepertinya. Timbul pertanyaan, adakah sebenarnya Wan Azizah dan Nurul Izzah mengharapkan Azmin akan menjawab dan menyelesaikan sendiri masalah yang sedang melandanya setelah sekian lama memberi masalah krpada kepimpinan PKR dan menghilangkan reputasi Wan Azizah sebagai Presiden PKR, dan yang lebih penting sebagai isteri Anwar Ibrahim?


Masalah yang melanda orang nombor dua PKR bukan perkara main-main. Kalau setakat suara bilis seperti Zuraidah, Sam Ketot, Chua Jui Meng, Shamsul Bahrain dan muka-muka yang tidak dikenali membela Azmin, rasa-rasanya lebih baik perkara tersebut didiamkan apatah lagi kalau alasan untuk membela Azmin hanyalah KONSPIRASI UMNO dan tidak lebih dari itu. 

Memang menghairankan apabila Wan Azizah dan Nurul Izzah terus menutup mulut. Sekaligus pada masa yang sama, menjelaskan bahawa Azmin Ali bersendirian dengan Anwar sendiri tidak mampu membelanya kali ini.

No comments:

Post a Comment