Thursday, 10 May 2012

Marah Punya Pasal, Peniaga Buka Kedai Burger Depan Rumah Ambiga!!!

Seorang peniaga burger yang marah kerana mengalami kerugian sewaktu demonstrasi Bersih 3.0 bertindak membuka gerainya betul-betul di hadapan kediaman Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara di sini hari ini.

Ia sebagai tanda protes di atas penganjuran demonstrasi berkenaan.

Peniaga tersebut bersama kira-kira 30 peniaga lain yang mengalami kerugian di kawasan sekitar di mana demonstrasi itu diadakan, mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka.

Mereka dikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS).

Ikhlas adalah kumpulan peniaga yang sama yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama 5 Mei lalu menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga .

Mereka dapat bertemu dengan Ambiga yang kebetulan ada di rumah waktu itu.

Para peniaga mahu Bersih membayar ganti rugi yang dialami semasa Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.

Ambiga bagaimanapun mahu mereka membawa hal itu ke mahkamah.

Katanya beliau hanya akan penuhi tuntutan mereka jika mahkamah memutuskan demikian.

Wakil peniaga dan IKHLAS telah bersurai menjelang jam 3 petang tidak lama selepas bertemu Ambiga.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. Baru sebentar tadi dlm berita TV3, ambiga menegaskan kalau mahkamah mengeluarkan keputusan peniaga2 ni memang didapati mengalami kerugian gara2 bershit 3.0, ambiga MUNGKIN akan meminta maaf kalau diarahkan (tidak menyebut langsung mahu membayar kerugian).

    Saya syorkan kpd peniaga2 ni supaya jangan berganjak dari depan rumahnya sampai mahkamah mengeluarkan pula perintah mengarahkan mereka beredar dari situ. Jgn biarkan dia senang2 mempermainkan org lain dgn undang2 hanya utk kepentingan dirinya saja.

    ReplyDelete
  2. APA NAMA....IKHLAS? X PERNAH DENGO PUN...BERAPA BYK PENIAGA TU RUGI...KAT MANA DIA MENIAGA...ADA LESEN KE?

    ReplyDelete