Wednesday, 23 May 2012

Muka @RafiziRamli Merah Padam Tak Boleh Jawab Hujah @KhairyKJ Masa Debat #ptptn???...

Hahahahahahaha... Nak pecah perut gua tengok muka Rafizi yang kononnya Pengarah Strategi PKR yang juga sorang akauntan terkulat-kulat merah padam muka dia bila dihujani dengan hujah-hujah yang bernas dan fakta-fakta yang tepat oleh Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin.
Selama ni dia ingat dia teror sangat kat atas pentas ceramah umum berbicara dengan fakta kelentong kat penyokong pakatan yang buta hati nak buat research betul ker cakap mamat ni.
Tajuk debat semalam sepatutnya berkaitan dengan PTPTN terutama isu pemansuhan PTPTN oleh pembangkang tapi bila masuk round kedua, Rafizi dah mula melalut dan meroyan dengan cuba membawa isu kes berprofil tinggi dan isu entah hapa-hapa lagi tanpa membawa fakta dan cadangan beliau yang mewakili PKR. Ini debat PTPTN bro bukan debat Petronas ka Mas ka. Lain kali faham tajuk, kata Pengarah Strategi PKR.
Paling teruk bila si Rafizi ni dah kehabisan fakta dan idea serta mula membuat kenyataan provokasi dan menyerang peribadi KJ dan keluarga beliau. Sedang isu sebenar adalah PTPTN bukan isu lain yang tiada kaitan langsung. Kalo nak tanya pasal Pertonas, buat la debat Petronas.
Apa pun gua nak ulas skit isi debat semalam. Paling gua suka bila KJ membangkitkan kegagalan kerajaan negeri pakatan rakyat yang dok sibok nak mensuhkan PTPTN dan memberi pendidikan peringkat tinggi terutamanya secara "PERCUMA", tapi hakikatnya benda kecik pun gagal nak selesaikan tambah la perkara yang sangat besar.
Nak bagi pendidikan percuma konon terutama diperingkat pengajian IPT tapi bila perintah sebuah negeri pun tak mampu nak bagi "PERCUMA" kat pelajar peringkat tadika macam kat bawah ni.
Yuran tadika PASTI (Umur 6 Tahun) - Jumlahnya RM494.00
Yuran Pendaftaran - RM30
Yuran Tahunan - RM70
Yuran Bulanan - RM120
Pakaian Seragam - RM60
Buku Teks/Tulis/Lencana/Kertas Periksa - RM62
Alat Bantu Mengajar - RM100
Buletin & Sukan & Ihtifal - RM50
Takaful - RM2.00
Jumlah - RM494.00
YB KJ - "Sebelum berjanji nak bagi pendidikan percuma di Malaysia, tunaikanlah dulu nak bagi pendidikan percuma untuk taska di Selangor".
P/s - Yuran PASTI pun tak boleh bagi free... Lain kali faham dulu tajuk debat jangan nak melalut menyimpang jauh dari tajuk Rafizi ooooii!!!!...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 comments:

  1. Saya sokong...sepatutnya mereka selesaikan isu pendidikan percuma di neg. di bawah pemerintahan mereka dulu...kalau setakat di neg bawah naungan mereka pon tak boleh nak handle camne nak handle 1 negara nanti...cakap senang la...cuba buat dulu kat sek tadika tu...cakap sape pon boleee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt setuju...depa ni kdg2 ckp ja lebih...habuk pun tarak...

      Delete
  2. Nampak sgt opposition takde modal sampai nak main pasal personal matters. Yang kelakarnye ramai oppositions members yg bersorak pasal ingat dorang yg menang. Hakikatnye they all buta hati. Tak nampak mana betul, mana salah. Walaupun begitu, opposition telah membuat debat yg bagus tapi sayang sekali kurang cerdik dlm execution. Harap kita tukar moderator jika ada lg debat seperti ini. Harus mempunyai moderator yg neautral.

    ReplyDelete
  3. Lg satu..opposition nak cabar PM to debate? Heheh agak2 la..for crying out loud, he's our PM. Nak ajak berdebat cuba la senonoh sikit and professional. Ni sampai ungki mengungkit. Lansung takde adab tertib. Mungkin itu strategy murahan dorang ni. Its very sad.

    ReplyDelete