Wednesday, 20 June 2012

Mereka Sudah... Anda Bila Lagi???...


Tok sendiri akui kebenarannye bahawa PKR tu dah tinggal nyawa-nyawa ikan saje. Talian hayatnye tinggal tergantung pada DAP dan PAS semate-mate. Jika ianye terlucut, dah pasti PKR ditimpa masib malang same seperti parti Semangat 46 yang dah lame berkubur tu. Anwar Ibrahim sedar bahawa PKR sudah jadi rumah kosong yang di huni oleh tikus, cicak dan lipas saje.

Ini Tok cerita temberang aje kot? Kami tengok ramai berduyun-duyun yang berhimpun dengar ceramah dari Anwar Ibrahim. Tok akui memang benar ramai yang hadir dalam ceramah Anwar Ibrahim, tapi tahukan anda bahawa yang datang beramai-ramai tu BUKAN nye dari ahli-ahli atau penyokong PKR. Mereka tu boleh di katakan hampir semua dari penyokong PAS saje.

Tok sekali lagi ingatkan kome, penyokong-penyokong PAS ni memang nye 'taik' ceramah. Asal dengo ade ceramah PR saje walau di mane pun mereka akan datang tak kira hujan panas atau malam siang. Maklum le taik cerama kate kan. Ceramah ni mereka dah anggap sebagai satu hiburan, ade lawak jenake dari penceramah-penceramah nye seperti Mat Sabu. Tok dah tesasul sikit ne, sekarang Tok nak balik cerita tentang PKR semule.


Kalau tak silap Tok dulu-dulu Tok sudah ade sentuh sedikit tentang cerita kematian ranting-ranting dan dahan-dahan atau cabang-cabang PKR ni. Sebenar nye sememang nye dah banyak ranting-ranting dan cabang-cabang PKR ni yang dah mati. Bukti yang paling nyata kita kembali menatapi poto yang di atas ni, kalau pokok batang nye dah tumbang, pasti segala akar umbi nye juga akan turut tumbang, mati dan mereput.

Kalau anda kurang yakin dan percaya, yang tinggal di kawasan Teluk Intan atau daerah Hilir Perak silalah berkunjung ke salah satu ranting PKR di Sg Tungku. Ketua ranting di situ nama nye Mat Jamil, sila bertanya tentang perkembangan hidup mati ranting2 PKR di kawasan DUN Sg Manik dan Kampung Gajah serta Parlimen Pasir Salak. Anda pasti tidak terkejut bahawa PKR sudah berkubur dan bersemadi dengan selamat nye.

Dalam siasatan Tok buat secara tidak rasmi, si pembunuh PKR tu ialah rakan kongsi nye sendiri iaitu tidak lain tidak bukan - PAS! Tok berani bersumpah bahawa Tok telah dengar sendiri dengan telinga Tok dari penyokong-penyokong PAS, kate nye jika PKR meletak kan calon nye dalam parlimen Pasir Salak, DUN Kampung Gajah dan DUN Sg Manik kami tidak akan turun mengundi pada PRU13 ini.

Adoi!!!!! Mati le Pakatan Rakyat Perak kali ni.

Untuk posting hadapan Tok nak cerita sikit yang mane Tok tau tentang pergesiran antara PAS dan PKR.

No comments:

Post a Comment