Monday, 25 June 2012

Tok Khatib Baca Khutbah Jumaat Doakan Kerajaan Sekarang Tumbang...

sekadar gambar hiasan

Astagfirrullahal azim... Apa nak jadi dengan dunia politik negara sekarang. Gua ni bukan la tinggi ilmu agama tapi kali ni gua kena bersuara bila agama sudah dijadikan alat untuk kepentingan politik sempit parti pembangkang yang berteraskan Islam. Ini berkaitan dengan insiden tok khatib di Pulau Pinang membacakan khutbah jumaat yang mendoakan supaya kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU13 yang akan datang.

Insiden ini berlaku di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Taman Guar Perahu, Pulau Pinang minggu lepas. Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) seharusnya mengambil tindakan segera menyiasat sama ada teks ucapan khutbah Jumaat itu adalah teks yang dikeluarkan oleh MAINPP sendiri atau teks khutbah Jumaat yang ditulis sendiri oleh tok khatib.

Tindakan tok khatib itu boleh memecah-belahkan umat Islam dan perbuatannya juga dianggap sebagai cubaan menghasut. Tugas seorang khatib adalah menyampaikan nasihat daripada segi agama dan bukan mencampur-adukkan politik dengan agama terutama di rumah suci ALLAH itu. Jika tok khatib nak berceramah politik, buatlah di luar bukan dalam masjid.

Perbuatan tok khatib ni jelas menunjukkan ada agenda politik. Jadi gua minta MAINPP siasat kerana inilah ciri-ciri tok khatib yang boleh memecah-belahkan umat Islam dan orang Melayu. Pihak MAINPP perlu bersikap adil dan mengambil tindakan tegas dalam menangani perkara ini. Takkan nak biar khatib gunakan masjid untuk politik. Memang Islam tak memisahkan antara agama dan politik tapi jangan la sampai nak hasut-menghasut la pulak.

Bukan takat gua jer terkejut, seorang kariah masjid berkenaan, Abu Bakar Mohktar mendakwa, beliau dan kariah lain terkejut mendengar doa oleh tok khatib jemputan itu dan apa yang dikesali, doa itu menggantikan doa untuk Yang di-Pertuan Agong.

No comments:

Post a Comment