Wednesday, 6 June 2012

Wanita Berhati-hati!!! Pengakuan Gadis Diculik Menggunakan Van...


Gua memang tak berapa suka kuarkan entri berunsurkan "KELUCAHAN" tapi entri gua kali ni lebih berunsurkan nasihat dan pesanan kepada kaum hawa terutama anak-anak gadis agar lebih berhati-hati ketika berada di luar rumah.

Hari ni heboh terpampang di dada-dada akhbar cerita seorang gadis yang berjaya melarikan diri daripada sekumpulan penculik yang menculik bertujuan menjual gadis-gadis ini. Lebih tragis lagi bukan seorang dua penculik ini menculik tapi sekali empat lima orang.

Jadi, sekali lagi pesanan gua kepada anak gadis yang selalu keluar rumah bersendirian agar membawa teman atau kawan ketika keluar daripada rumah terutama di waktu malam untuk mengelakkan peristiwa ini daripada berulang.

“Hati saya berdebar apabila terdengar perbualan tiga penculik itu yang mahu menjual kami berlima.” Itu kata wanita berusia 28 tahun yang berjaya melarikan diri selepas diculik lima jam di ibu negara, kelmarin.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Najwa mendakwa diculik di kawasan rumah sewanya di Wangsa Maju jam 3 petang, namun berjaya melarikan diri ketika van membawanya berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Simpang Pulai, Perak.
Najwa yang juga kakitangan sebuah bank di Kuala Lumpur berkata, sebaik dipaksa masuk dalam sebuah van oleh tiga lelaki yang menculiknya, dia mendapati ada empat lagi wanita yang juga mangsa culik dalam van berkenaan.

“Ketika itu, saya hanya teringatkan keluarga dan bertambah sedih apabila mendengar tangisan empat lagi wanita dalam van itu,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di sini, malam tadi.
Menceritakan kejadian itu, Najwa berkata, dia mengambil cuti sakit dan keluar rumah untuk membeli nasi di gerai berhampiran rumah sewanya. -HarianMetro-

No comments:

Post a Comment