Friday, 27 July 2012

Beza Ramadhan Di Malaysia Dan Negara Islam Lain...


RAMADHAN DI MALAYSIA DAN NEGARA ISLAM LAIN

1. SOMALIA masih berperang sesama sendiri.
2. SYRIA kini dalam Perang Saudara ( baru bermula setelah 17,000 nyawa orang Islam melayang ).
3. IRAQ masih berhujankan bom dan serangan mortar.
4. PALESTIN masih kedengaran bunyi kereta kebal Israel di tepi masjid.
5. PAKISTAN masih meletakkan pengawal bersenjata diluar masjid.
6. MESIR masih lagi berarak dijalanan dan berkonfrontasi


Tapi di MALAYSIA

1. Kita sedang memikirkan di mana kita ingin berhari raya nanti.
2. Tiket bas banyak dah habis, macamana kalau tak ada bas tambahan.
3. Malam ni dan seterusnya nak terawikh kat mana yer.. kat masid tu dia baca surah panjang-panjang tak?
4. Eh.. Anak ko yang dah hafiz tu jadi Imam Terawikh kat masjid mana?
5. Banyaknyer plastik Kak Ya... nak pergi Pasar Ramadhan ke?
6. Kedai Kain 1 Malaysia, kain-kain dia kualiti ok tak? Ingat nak berjimat sikit la tahun ni..
7. Eh. kereta aku nak make up la sikit tahun ni.... nak letak LCD kat kedai ah meng tu murah tak?
8. Langsir, kosyen nak tukarker tahun ni... tahun lepas dah tukar TV..
9. Fitrah tahun ni berapa ek... malam ni dah boleh start bayarkan?
10. Isnin ni nanti nak hantar borang cuti ler.... minggu lepas nak hantar bos tak bagi lak... dia kata tunggu puasa...

Dari itu marilah kita sama-sama bersyukur dan berusaha mengekalkan keamanan di Malaysia. Dalam kita berpolitik dan berhujah, janganlah hendaknya kemanisan dan kesejahteraan kita menunaikan tuntutan agama digadaikan....

ASSALAM RAMADHAN SEMUA... CHEER WHAT YOU GOT... BECAUSE WE DON'T KNOW WHAT WE GOT... TILL ITS GONE...

1 comment:

  1. Bersukur diatas nikmat Allah dibumi Malaysia

    ReplyDelete