Friday, 13 July 2012

Orang Utan Dipaksa Berhenti Merokok...


Seekor orang utan yang menjadi tarikan utama sebuah zoo di Indonesia kerana gemar menghisap rokok akan dipaksa meninggalkan ketagihan itu.

Penyelaras Pusat Perlindungan Orang Utan, Daniek Hendarto, berkata pengunjung zoo mula melempar rokok yang siap dinyalakan ke kandang orang utan betina itu ketika ia baru berusia lima tahun.

Disebabkan amalan itu, orang utan bernama Tori - kini berusia 15 tahun- mula ketagih menghisap rokok. Kata Daniek, pihaknya bekerjasama dengan pengurusan untuk memindahkan Tori ke sebuah pulau terletak di tengah tasik zoo berkenaan. 

“Dengan cara itu, Tori tidak lagi dapat bekalan rokok daripada pengunjung,” katanya. Menurut Daniek, disebabkan orang utan amat mudah meniru perbuatan manusia, ibu bapa Tori juga merokok. 

Berita mengenai Tori tersebar pantas 10 tahun lalu, sekali gus mendorong orang ramai mengunjungi Zoo Taru Jurug di Solo.

Kata Daniek, sementara menunggu kelulusan daripada pentadbiran zoo terbabit, Tori kini ditempatkan di sebuah kandang khas dan menjalani terapi untuk mengekang ketagihannya.

No comments:

Post a Comment