Thursday, 19 July 2012

Peranan Media Baru Dalam Menentukan Kemenangan PRU13... @AntaraPos @TunFaisal

Hari ini bertempat di Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam berlangsung satu diskusi meja bulat yang dianjurkan oleh portal Antarapos bertajuk "Peranan Media Baru Dalam Menentukan Kemenangan PRU13".
Antara panel yang dijemput oleh portal Antarapos ialah Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Tun Faisal Ismail Aziz, ADUN Sri Muda yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie dan bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dan juga seorang ahli DAP Hatta Hawari. Manakal moderator adalah daripada Antarapos sendiri.
Topik yang dibincangkan agak menarik untuk dikupas namun moderator terlebih dahulu mengingatkan panel yang hadir bahawa diskusi meja bulat kali ini bukanlah pentas perdebatan tetapi lebih kepada perbincangan dan percambahan minda berkaitan topik yang diberi.
Dapat diperjelaskan di sini hampir ketiga-ketiga ahli panel bersetuju bahawa media baru berperanan dalam mempengaruhi pola dan corak pemikiran serta landskap politik terutama pengundi muda lebih-lebih lagi menjelang PRU13 yang akan datang.
Cuma sekarang perbezaan yang ketara penguasaan media media baru ini tidak lagi dikuasai serta dimonopoli sepenuhnya oleh pihak pembangkang seperti tahun 1999 ketika reformasi sedang hangat ketika itu dan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam PRU12 pada tahu 2008. Ini kerana pihak kerajaan dan BN terutama peranan yang dimainkan Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO sikit sebanyak telah mengimbangi kekuatan media baru pembangkang.
Ini diakui sendiri oleh ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie ketika ditanyakan soalan berkaitan oleh moderator. Menurut beliau, kemunculan secara mendadak pengamal media sama ada sebagai twiterian, facebooker atau pun blogger mula menenggelamkan kekuatan blogger pakatan sebelum ini.
Namun, Shuhaimi juga melahirkan rasa tidak selesa dengan kaedah yang digunapakai blogger-blogger Pro-BN yang dilihat banyak menggunakan bahasa yang kasar dan lucah dalam artikel yang dikeluarkan. Namun kenyataan ini kurang dipersetujui oleh Pengerusi UMB kerana menurut beliau templet yang digunapakai blogger Pro-BN adalah diwarisi daripada apa yang pernah dilakukan oleh blogger-blogger pembangkang sebelum ini seperti contoh penggunaan "Mahazalim" dan "Mahafiraun" terhadap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir.
Panelis ketiga pula, Hatta Hawari mencadangkan agar ditubuhkan "Majlis Media" seperti yang terdapat di negara India dan Indonesia agar dapat mengawalselia tindak-tanduk pengamal media sosial di negara ini. Namun, cadangan ini kurang dipersetujui oleh Tun Faisal dan Shuhaimi Shafie kerana mereka berpandangan dengan penubuhan Majlis Media ini kelak akan menyebabkan terjadinya sekatan kepada kebebasan menulis, bersuara dan menyampaikan apa yang terbuku dalam hati seseorang individu dalam memberi pandangan.
Kesimpulan daripada perbincangan ini hampir semua ahli panel bersetuju agar pengamal media baru lebih bertanggungjawab dalam melaporkan sesuatu perkara dan berharap rakyat Malaysia yang menjadi penerima maklumat agar lebih matang dan menyelidiki dahulu sebarang berita yang diterima.
Sekian, melaporkan dari lokasi terima kasi. - Kulaan Niring -
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment