Penulis tidak menafikan kebanyakan pengguna jalan raya di Malaysia masih mematuhi undang-undang jalan raya serta mengamalkan pemanduan yang berhemah.
Namun, penulis kecewa apabila ada di antara pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.
Rata-rata antara mereka mengambil kesempatan untuk menggunakan laluan kecemasan semasa kesesakan jalan raya.
Penulis faham. Semua hendak segera sampai ke destinasi masing-masing dan tiada siapa minta untuk berlaku kesesakan di lebuhraya.
Kenapa pemandu lain boleh bersabar di dalam kesesakan jalan raya tetapi bukan anda yang seolah-olah 'riak' memandu di laluan kecemasan?
Menjadi kesalahan kepada pemandu yang memandu di laluan kecemasan dan mereka boleh dikenakan tindakan saman serta-merta oleh penguatkuasa.
Anda yang memandu di laluan kecemasan sewaktu kesesakan jalan raya juga boleh menerukkan lagi kesesakan.
Selain dari itu, ada juga pengguna jalan raya yang cuai ketika menggunakan laluan kecemasan.
Ada diantara mereka yang berhenti di laluan kecemasan tanpa memberi sebarang isyarat atau tanda berhenti.
Tahukah anda, anda hanya dibenarkan menggunakan laluan kecemasan ketika kenderaan anda berhenti/terhenti/pegun tanpa pergerakan SAHAJA.
Jika kenderaan anda mengalamai kerosakan atau perkara yang memerlukan anda berhenti di laluan kecemasan, pastikan anda menyalakan lampu kecemasan (hazard light).
Selain itu, anda juga perlu meletakkan penanda segitiga atau apa-apa penanda seperti kon beberapa meter dari kenderaan anda supaya pemandu lain awas dengan kenderaan anda.
Pada masa yang sama, anda sebagai pengguna jalan raya harus awasi dan sedar dengan kenderaan di hadapan anda bagi mengelak sebarang kecelakaan yang tidak diingini.
Sebagai perkongsian bersama serta iktibar buat semua, pada 9 Jun lalu telah berlaku kemalangan maut di laluan kecemasan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) apabila sebuah motosikal gagal mengelak sebuah van yang berhenti di laluan kecemasan.
Pemandu van tersebut tidak meletakkan sebarang tanda amaran di belakang kenderaannya.
Untuk pengetahuan anda, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan masih membuka sistem penerimaan aduan bergambar daripada pengguna jalan raya.
Cara yang cukup mudah,
1. Pengguna jalan raya hanya perlu mengambil gambar kenderaan yang memasuki lorong yang salah atau memandu secara berbahaya yang menyalahi undang-undang. *(Pastikan anda dan kenderaan berada dalam keadaan selamat.)
2. Hantarkan gambar tersebut menerusi e-mel di alamat pkuasa@jpj.gov.my atau aduan@jpj.gov.my
Malah, anda juga boleh terus menghubungi bilik kawalan aduan JPJ di talian 03-88866412.
Semoga anda selamat pulang ke destinasi masing-masing selepas meraikan Syawal kali ini.
Jangan pudarkan Syawal keluarga anda dengan ratapan tangisan. -MyNewsHub-
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment