Friday, 3 August 2012

Khalid Ibrahim Ghairah Selamatkan Rafizi Guna Wang Rakyat Selangor...


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor menasihatkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak terlalu ghairah menyelamatkan Rafizi Ramli dalam menyelesaikan masalahnya, dengan menggunakan wang rakyat Selangor, sebaliknya menyelesaikan dulu masalah rakyat Selangor.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, ini bukan perkara baru untuk menyelamatkan individu yang berkepentingan dalam PKR, sebelum ini kerajaan Selangor telah diketahui umum “menyelamatkan” Talam Corporation dan akhirnya duit rakyat telah disalahgunakan.

“Menyelamatkan Talam hingga terlebih dari harga pasaran sebanyak RM40juta, ini gimik politik Tan Sri Khalid yang sedang dilakukannya untuk melihatkan keperihatinan tapi dia terlupa rakyat sedang menderita mengangkut air seperti apa yang berlaku di Taman Putra Idaman, ini tidak pula MB kisah.

Dalam masa yang sama, apa istimewanya Rafizi Ramli, dia bukan anak Selangor pun, malah beliau telah melepaskan sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Jadi, apa relevannya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan kenyataan bahawa kerajaan negeri akan membiayai sepenuhnya kos guaman Rafizi Ramli menerusi dana khas berjumlah RM5 juta di bawah Geran Selangorku?,” ujarnya mengulas tindakan kerajaan negeri yang mahu membiayai kos guaman Rafizi Ramli yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan berkaitan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada dua petugas media pada Mac lalu.


Tambahnya, bagaimana dengan hak rakyat Selangor yang lain, adakah mereka juga berhak dan layak mendapat bantuan atau pembiayaan sepenuhnya kerajaan negeri jika mereka juga menghadapi masalah di mahkamah.

Adakah rakyat Selangor juga berhak mendapat pinjaman atau dibantu kerajaan negeri jika mengalami masalah hutang sebagaimana yang dinikmati Talam Corporation?

“Sekarang giliran Rafizi menghadapi apa yang dia sendiri cipta, saranan buat MB, jangan gunakan duit rakyat untuk selamatkan individu istimewa seperti Rafizi, cukup-cukuplah duit rakyat telah digunakan selama ini untuk menyelamatkan mana-mana individu yang berkepentingan dalam PKR mahupun dalam pakatan pembangkang yang lain,” ujarnya yang juga Pengerusi Pemuda BN Negeri Selangor.

Dalam masa yang sama, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam berkata, sebagai seorang bekas tokoh koprat yang mendapat nikmat kekayaan dari UMNO melalui Guthrie dan PUNB, amat memalukan bagi Khalid untuk keluarkan kenyataan mahu menggunakan duit rakyat bagi membiayai kos guaman Rafizi.

“Apa salahnya buat sumbangan peribadi. Ini MB paling bangsat dalam sejarah, nak korban lembu di kawasan parlimennya yang berada diluar Selangorpun guna duit rakyat, nak tinted kereta lexus milik peribadipun guna duit rakyat, sekarang nak guna duit rakyat untuk membiaya kos guaman Rafizi.

Tak bolehkah seumur hidupnya, buat satu sumbangan guna duit peribadi beliau sendiri?,” ujarnya yang juga mantan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Keadilan.

No comments:

Post a Comment