Friday, 14 September 2012

Kalau Anwar Yakin Boleh Menang PRU13 Kenapa Buat...


Kalau Anwar yakin boleh menang PRU13 akan datang, kenapa anwar and the geng perlu buat rusuhan itu meraih sokongan rakyat ???

Kalau dah rasa kuat kenapa perlu buat propaganda yang akan menjadikan negara huru-hara ???

Sejarah membuktikan bahawa segala janji anwar sebelum PRU12 terhadap permintaan rakyat semuanya belum ditunaikan.

Mana air free??? Mana bantuan kebajikan kepada ibu tunggal??? Mana geran tanah yg dijanjikan??? Mana pelaburan yang dari Arab yang bernilai berbilion-berbillion tu??? Mana bukti yang menunjukkan bahawa sistem kerajaan yang lebih baik berbanding kerajaan BN???

Cuba kita banding antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Selangor. Adakah kerajaan negeri Selangor lebih baik cara perlaksanaannya??? Ada Unisel rugi, ada dana negeri, disapu utk projek yg tak beri manfaat kepada rakyat. Bila ada pemimpin bawahan yg tersilap dipecat.  Golongan gay diangkat utk jadi pemimpin. Hudud Pas tak dilaksanakan. Jadi, kat mana yang kata PKR lagi bagus daripada UMNO???


Yang bagus tentang Anwar ni adalah kerana telah menjadikan Pas sebuah parti yang berpecah-belah. Sama la macam anwar buat dulu dalam UMNO. Sampai kedudukan Nik Aziz sebagai sumber rujukan ahli-ahli Pas pun terancam. Ustaz Nasha yang mempunyai jasa yang banyak terhadap Pas pun boleh dijatuhkan oleh gerakan Anwar yang mengangkat Mat Sabun jadi Timbalan. Daripada seorang yang dituduh berkhalwat boleh pulak jadi Timbalan. Menjatuhkan seorang pemimpin seperti Ustaz Nasha yang kalau nak dibandingkan dengan Mat Sabun. Heran ye. Pengaruh Anwar cukup kuat dalam Pas.. sampai nik aziz pun boleh percaya seterusnya mempenagruhi perwakilan utk naikkan mat sabun..

terima kasihlah pada anwar kerana anwarlah, telah membongkarkan sifat sebenar Pas yg selama ini berselindung dgn jubah dan serban hijau.. kalau Pas kalah nanti jgn salahkan UMNO.. salahkan anwar.. sebab anwar la Pas kecut dan kerana buku jinggalah perjuangan hudud Pas gugur.. terima kasih bebanyak kat anwar.. hehe

No comments:

Post a Comment