Wednesday, 3 October 2012

Lensa Niring : Tahniah @PDRMsia Dan Penguatkuasa PPJ Mengawal Demo Royalti Dengan Baik... @NajibRazak @HishammuddinH2O @AliHamsa55


Datuk Ghani, Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Bandar dan En. Tamjis Dasim Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya
juga turun padang memantau pergerakan anggota Penguatkuasa PPJ

Suasana tenang di hadapan pintu masuk
 Mahkamah Putrajaya (POJ)

Anggota Polis dengan penuh tenang dan
dedikasi sedang bertugas di pintu masuk
Mahkamah Putrajaya

Pose istimewa abang-abang Penguatkuasa
 PPj yang penuh dedikasi menjalankan
tugas mengawal keadaan demo Royalti


sebahagian daripada anggota Penguatkuasa
 PPJ bertugas yang sempat dirakamkan
kamera Lensa Niring

"Towing Truck" Perbadanan Putrajaya
standby jer nak tarik kenderaan yang
menghalang lalulintas

steady la abang Penguatkuasa PPJ yang
 mengawal lalulintas depan POJ

Datuk Ghani, Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Bandar dan En. Tamjis Dasim Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya
sedang memberi arahan kepada kakitangan Penguatkuasa PPJ


Balai Polis Bergerak juga bersedia memberi perkhidmatan jika ada sesuatu yang tidak
diingini berlaku semasa demo Royalti

gabungan anggota keselamatan yang terdiri
daripada anggota Polis dan Penguatkuasa
 PPJ yang berganding bahu bertugas
mengawal ketenteraman semasa demo Royalti

Gua sempat turun awal pagi tadi ke Dataran Putrajaya berhadapan Mahkamah Putrajaya yang juga dikenali sebagai Palace of Justice (POJ) setelah mendapat maklumat risikan bahawa satu demonstrasi bakal berlaku yang dibuat oleh penyokong Pakatan Rakyat kononnya menuntut ketelusan dan keadilan institusi kehakiman negara mengenai tuntutan Royalti minyak Kelantan. 

Gua malas nak ulas panjang pasal isu tuntutan bangang pembangkang mengenai isu royalti minyak Kelantan ni pasal rakan-rakan  blogger lain mungkin akan mengupasnya dengan lebih detail dan terperinci lagi berkenaan isu tuntutan royalti minyak Kelantan ini. Banyak gambar-gambar yang gua sempat rakamkan mengenai 'peel' bangang penyokong pembangkang ni tapi gua malas nak bagi 'Promosi Percuma'.

Apa yang gua mahu ketengahkan dalam artikel gua kali ini ialah mengenai "The Unsung Heroes" yang bertungkus-lumus bertugas dan berbakti dengan penuh amanah, telus dan dedikasinya iaitu anggota keselamatan yang mengawal keadaan demonstrasi aman seperti anggota Polis dan Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya (PPJ).

Pembangkang terutama penyokong totok mereka sering meggelar pihak berkuasa terutama anggota Polis dengan label-label yang kurang ajar seperti "Anjing Kerajaan" dan sebagainya tetapi sedar tidak sedar 'Anjing Kerajaan' yang mereka gelar ini mungkin salah seorangnya daripadanya adalah saudara-mara kita, adik-beradik kita, abang-abang kita, kakak-kakak kita, dan mungkin jua ibubapa kita yang bekerja dengan ikhlas dan amanah demi mencari rezeki yang HALAL untuk menyara keluarga.

Apa pun gua ucapkan TAHNIAH kepada kalian kerana bertugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Kami penduduk Putrajaya yang mahukan keamanan yang selama ini dikecapi rakyat khususnya penduduk Putrajaya menghargai jasa dan peranan kalian sebagai "ANGGOTA POLIS" dan "PENGUATKUASA PPJ"... Terima kasih sekali lagi...

1 comment:

  1. "tuntutan bangang?" kau bukan org Kelantan, x tau ape2 pasal Royalti minyak, duduk je diam2...x payah nak tunjuk bangang kat sini...

    ReplyDelete