Thursday, 1 November 2012

Dalil Mengapa PAS Mesti Ditolak Kerana Salah Guna Masjid...


Nyata dan jelas bahawa perbuatan menggunakan masjid untuk menimbulkan kemudaratan adalah dilarang dan adalah perbuatan munafik. Ini sudahpun berlaku di zaman Rasullullah saw dan di zaman kita, menjadi lebih teruk lagi.

Firman Allah swt dalam Surah Al Taubah..ayat 107..

Maksudnya : .Dan (diantara orang orang munafik itu) ada orang orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang orang mukmin) untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasulnya sejak dahulu. Mereka sesungguhnya bersumpah : Kami tidak mengkehendaki selain kebaikkan. Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahannya)

Yang dimaksudkan dengan orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu ialah seorang pendeta Nasrani bernama Abu 'Amir, yang mereka tunggu-tunggu kedatangannya dari Syiria untuk bersembahyang di masjid yang mereka dirikan itu, serta membawa tentara Romawi yang akan memerangi kaum muslimin. Akan tetapi kedatangan Abu 'Amir ini tidak jadi karena ia mati di Syiria. Dan masjid yang didirikan kaum munafik itu diruntuhkan atas perintah Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan wahyu yang diterimanya sesudah kembali dari perang Tabuk.

Masjid di negara kita sudah disalah gunakan sebagai gelanggang politik oleh parti PAS , kata kata mencarut, menghina dan mengutuk dan memaki dan memfitnah yang tergolong dalam perbuatan tercela dilakukan di dalam masjid. Berpolitik di masjid boleh menimbulkan perasaan benci membenci dikalangan puak yang bertentangan sehingga kadangkala berlaku pertengkaran dan pergaduhan.


Lebih buruk lagi, perbuatan menggunakan masjid sebagai gelanggang politik boleh mengakibatkan orang orang tertentu tidak dapat datang beribadah di masjid, dan perbuatan ini adalah sama dengan perbuatan menghalang menyebut nama Allah dalam masjid masjid seperti firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah Ayat 114 :-

Maksudnya : Tindakan-tindakan menghalangi beribadah

Dan siapakah yang lebih aniaya daripada orang yang menghalangi menyebut nama Allah dalam masjid-masjid-Nya, dan berusaha untuk merobohkannya? Mereka itu tidak sepatutnya masuk ke dalamnya (masjid Allah), kecuali dengan rasa takut (kepada Allah). Mereka di dunia mendapat kehinaan dan di akhirat mendapat siksa yang berat.

Rumah Allah swt bukan bertujuan digunakan untuk mengutuk sesama Islam malahan ianya adalah tempat beribadah dan menimba ilmu serta menjalankan aktiviti sosial masyarakat Islam. Ianya juga bukanlah merupakan tempat mempopularkan diri atau tempat memancing undi. Mereka tidak sepatutnya masuk ke dalam rumah Allah swt kecuali dengan perasaan takut kepada siksaan Allah swt.

Hadis Nabi Muhammad saw bermaksud :-

Sesungguhnya seorang laki-laki pernah berseru seru didalam masjid, katanya, “ Siapa yang memanggil unta yang merah sehingga sekarang ia hilang “ . Nabi saw bersabda ; “ Semoga kamu tidak menemukannya. Sesungguhnya masjid masjid ini dibangun dengan fungsi sebagaimana ia dibangun”

Riwayat Muslim – Al Azkar m/s 63.

Ternyata daripada hadis di atas, Rasullullah saw melarang orang berseru-seru di dalam masjid kerana mencari unta yang hilang. Bayangkanlah masih terdapat orang orang yang berseru-seru untuk memancing undi . Sudah tentu perbuatan ini tidak diizinkan kerana masjid bukanlah tempatnya. Tambahan pula, dalam kempen politik, sudah pasti wujud perkataan atau kata-kata yang mengutuk dan merendah rendahkan pihak lawan. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang dilarang oleh Allah swt lebih lebih lagi ianya dilakukan di masjid.

No comments:

Post a Comment