Thursday, 15 November 2012

Remaja 17 Tahun Potong Kemaluan Sendiri Kerana Terlalu Kerap ‘Ereksi’...


Seorang remaja yang mengalami tekanan disebabkan terpaksa berhadapan dengan masalah ereksi yang terlalu kerap, cuba memotong kemaluannya dengan pisau.

Sejak akil baligh, Xiao Jun, 17, dari Anxi, Wilayah Fujian, China berasa amat malu dengan nasib yang dialaminya kerana dia amat mudah terangsang, kadangkala di kawasan terbuka.

Tidak tahan dengan keadaan itu, dia sentiasa berkurung di dalam biliknya dan cuba untuk tidak keluar dari rumah.

Namun, hingga minggu lalu, dia tidak lagi mampu bersabar dengan perkara tersebut, lalu mula memotong kemaluannya.

Dia bernasib baik kerana tidak sempat memotong keseluruhan alat sulitnya kerana ibu bapanya sempat meluru ke biliknya apabila mereka terdengar jeritan remaja tersebut.

Xiao Jun kemudiannya ditemui terbaring di lantai berlumuran darah.


"Saya tidak tahu mengapa dia berbuat demikian. Dia seorang budak yang baik.

" Dia hanya seorang yang pemalu. Dia tidak bercakap dengan sesiapa pun," kata ibunya, Wang Lin.

Menurut Wang Lin, Xiao Jun berhenti sekolah ketika berumur 14 tahun kerana gagal dalam banyak mata pelajaran di sekolah.

Wang Lin juga berkata anaknya pernah mengambil kelas komputer di bandar, namun dia kembali ke rumah secara tiba-tiba dan tidak pernah kembali ke bandar selepas itu.

Remaja itu memberitahu pihak hospital,"Saya tidak suka akan perkara ini. Saya tidak mahu jadi begini."
Ketika itulah ibunya mula sedar akan masalah yang dialami oleh Xiao Jun.

"Dia pasti berasa amat malu," kata Wang Lin.

Para doktor di Hospital Universiti Fujian berkata bahawa alat sulit remaja tersebut akan kembali berfungsi seperti biasa setelah menjalani pembedahan selama 10 jam untuk menjahit semula alat sulitnya.

Ye Yanqi, seorang pensyarah psikologi di Universiti Vokasional Liming berkata bahawa ereksi secara tidak sengaja adalah satu perkara biasa remaja dan jika mereka tidak selesa dengan perkara tersebut, mereka perlu berbincang dengan ibu bapa.

Jika ia berlarutan, kata Yanqi, mereka perlu mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar perubatan.

Para wartawan yang berjumpa dengan Xiao Jun di hospital tersebut berkata,  remaja tersebut enggan bercakap atau menemui sesiapa. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.














No comments:

Post a Comment