Monday, 5 November 2012

Sejauh Mana Rasional Anda Tentang Lynas?


Nampaknya ramai para pekerja Lynas sendiri sudah tidak tahan mendengar fitnah dan pemesongan fakta yang terus-menerus disebarkan dan kini mereka sendiri memberi gambaran sebenar tempat kerja mereka seperti yang dipaparkan di dalam akhbar-akhbar hari ini.

Sudah tentu kumpulan NGO anti-Lynas akan menidakkan pendapat mereka, tetapi bolehkah kita sewenang-wenangnya menolak pemerhatian dan pengalaman mereka untuk pendapat-pendapat "pakar-pakar nuklear segera" ini?

Apatah lagi pemimpin NGO tersebut khabarnya hanyalah merupakan seorang guru sekolah biasa berbangsa Cina dan bukannya seorang pakar radioaktif terkemuka yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Persoalannya, apakah kilang Lynas itu benar-benar merbahaya untuk para penduduk sekitar kawasan terbabit dan tuduhan tersebut adil kepada semua pihak?

Mari kita sama-sama fikirkan secara adil dan rasional…

Pertamanya, kilang itu telah pun diperiksa oleh jurutera-jurutera Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan setelah dipantau pakar-pakar dari Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).
Hasilnya, mereka sebulat suara menyatakan bahawa kilang tersebut adalah selamat untuk beroperasi sepenuhnya dan sama sekai tidak akan menjejaskan kehidupan mana-mana kehidupan bernyawa di sekitarnya.

Susah sangatkah NGO itu untuk memahami kenyataan AELB dan IAEA tersebut, atau mereka lebih tinggi kepakaran dalam hal ehwal atom, nuklear dan radioaktif berbanding agensi-agensi yang diiktiraf dunia itu?
Apakah NGO itu cuba mencabar kewibawaan dan kepakaran agensi-agensi yang selama ini sering bergelumang dengan radiasi, radioaktif, atom dan nuklear tersebut?


Kedua, sepatutnya wakil-wakil NGO itu membeli tiket penerbangan dan pergi melancong ke La Rochelle yang menjadi lokasi tarikan pelancong utama di Peranchis sambil menghirup udara nyaman di sana.

Untuk pengetahuan NGO tersebut, La Rochelle yang terletak di barat daya Paris itu adalah di antara lokasi yang mencatat kehadiran pelancong tertinggi dan sangat menarik untuk dikunjungi oleh ratusan ribu pelancong dari seluruh dunia pada setiap tahun.

Namun, jangan pula wakil-wakil NGO itu terkejut sekiranya mereka menemui premis kilang memproses nadir bumi di tengah-tengah kota pelancongan itu nanti!

La Rochelle merupakan pusat pemprosesan nadir bumi yang terkenal di seluruh dunia dan kedudukan fasiliti yang kononnya "sangat merbahaya" itu belum lagi menyebabkan sebarang kes kematian pelancong atau penduduk yang berada di sekitarnya.

Ketiga, fakta dari pakar-pakar radioaktif menunjukkan bahawa kadar radiasi dari sebuah rumah batu adalah pada bacaan 00.07mSv, manakala bagi kilang Lynas di Pahang itu hanya mencatatkan kiraan 00.02mSv sahaja.

Dari kedua-dua bacaan tersebut, maka jelaslah bahawa tinggal di sebuah rumah batu mampu menyebabkan penerimaan radiasi yang lebih banyak berbanding tinggal di dalam kilang Lynas.

Namun, apakah kita pernah mendengar cerita yang menyatakan bahawa "seorang lelaki meninggal dunia kerana tinggal di dalam rumah batu akibat radiasi"?

Justeru itu, jika tinggal di dalam sebuah rumah batu pun tidak menjejaskan kesihatan seseorang manusia, apatah lagi kilang Lynas yang jauh lebih rendah kadar radiasinya, bukan?

Benarkah NGO berkenaan benar-benar mengenali tentang apakah yang dikatakan sebagai nadir bumi itu secara tepat?

Namun mungkin "diupah" oleh pihak tertentu atau hanya sekadar mahu mempopularkan diri, maka mereka sanggup tampil mencetus kontroversi yang akhirnya dijangka akan memalukan diri mereka sendiri.

Maklumlah, pembinaan LAMP itu sahaja telah membina laluan untuk perkembangan industri nadir bumi bernilai berbillion ringgi di negara kita dan pada masa yang sama mengakibatkan pihak-pihak berkepentingan yang memonopoli selama ini terpaksa mula bersaing di dalam pasaran dunia.

Dengarlah suara hati Rozita Md Yassin, isteri kepada seorang pekerja kilang LAMP, sebelum kita begitu mudah menghukum kilang ini.


"Saya harap semua pihak yang mencipta khabar angin bahawa loji ini tidak selamat, akan berhenti daripada menyebar perkara tidak benar mengenainya. Perbuatan ini menjejaskan kehidupan ramai orang," katanya. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



















No comments:

Post a Comment