Saturday, 1 December 2012

Abby Abadi Sudah Ada Kekasih Baru? @Abby_Abadi112


Kalau anda masih peduli tentang pelakon Abby Abadi ini ada cerita terbaru mengenainya. Tapi tidak tahu sejauh mana kebenaran gosip yang sedang bertiup kencang ini, wallahualam. Tambahan si empunya badan sendiri pun belum membuat apa-apa pengesahan.

Di dalam ruang gosip sebuah akhbar tabloid ada menyebut, daripada foto dan status yang dikemas kini di dalam Instagram, baru-baru ini bagai menyuarakan hasrat hati Abby Abadi untuk menamatkan zaman jandanya.

Aktres semakin rancak dengan kerjaya sebagai penceramah itu kini dikatakan sudah menemui kekasih baru ekoran beberapa keping gambar antaranya kunjungan Abby ke kedai bunga, selain foto Abby bersama seorang lelaki sedang memegang kad yang tertera ayat 'Marry me!' dan 'You and Me'.

Bagaimanapun, wajah lelaki itu tidak dapat dilihat dengan jelas kerana kad berukuran A4 'paper' itu menutup wajah lelaki berkenaan.

Lantaran daripada pendedahan gambar-gambar berkenaan, ramai juga peminatnya yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Abby.

Apapun, kalau lah benar gosip ini, Alhamdulillah dan MD tumpang gembira. Semoga hubungan Abby dengan lelaki itu berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan semoga perkahwinan bakal ditempuhinya kali ini berkekalan hingga ke anak cucu.- malaysiaDigest
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment