Tuesday, 18 December 2012

Bukti DAP Bukan Parti Berbilang Kaum Tapi Kaum Cina Sahaja - Lokman Adam


KENYATAAN MEDIA

Selepas Singapura Keluar Dari Malaysia pada 9hb Ogos, 1965, Satu cubaan untuk menubuhkan PAP telah dibuat ahli PAP di Semenanjung iaitu Devan Nair, malangnya ianya telah gagal. Ini telah membawa kepada penubuhan Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 18hb Mac, 1966 yang telah menukar semua cawangan PAP di Semenanjung kepada DAP. DAP sebelum ini terkenal dengan konsep Malaysian Malaysia (Malaysia Untuk Semua Rakyat Malaysia).

Sungguhpun begitu, keputusan Pemilihan AJK Pusat DAP 2012 pada hujung minggu lalu merupakan isyarat jelas bahawa ahli-ahli DAP sendiri menolak Malaysian Malaysia dan secara terang-terangan menunjukkan sikap chauvinist serta kebencian mereka kepada bangsa Melayu. Slogan mereka bahawa DAP anti kronisme dan nepotisme juga ternyata meleset belaka.

Jika DAP benar-benar terbuka dan berjuang untuk semua kaum, masakan Lim Kit Siang bisa mendapat 1,607 undi untuk merebut 20 Kerusi AJK DAP Pusat dan calon-calon Melayu yang bertanding jawatan yang sama mendapat undi yang sangat sedikit


AHMAD TON - 347, 
PROF DR ARIFFIN OMAR- 348, 
HARUN BIN AHMAD - 28, 
SULAIMAN SYED IBRAHIM - 98, 
TENGKU ZULPURI SHAH 121, 
ZAIRIL KHIR JOHARI - 305, 
ZULKIFLI MOHD NOOR - 216, 
ROSELI ABDUL GANI- 39).


Walaupun Lim Guan Eng cuba menunjukkan bahawa DAP tidak membenci bangsa Melayu dengan menggunakan Bahasa Malaysia sepanjang kongres tersebut, tetapi keputusan pemilihan tersebut memberikan gambaran jelas isi hati sebenar ahli-ahli DAP keseluruhannya. Jika Melayu yang di dalam DAP itu sendiri mereka benci dan tidak percaya, maka tidak salahlah jika ada yang beranggapan bahawa PAS dan PKR hanya kuda tunggangan DAP.


Keputusan Pemilihan DAP ini juga memberikan isyarat jelas bahawa DAP, bukan untuk semua kaum, tatapi untuk keluarga dan kroni. Kemenangan Dinasti Lim, iaitu gandingan Kit Siang (bapa) ditempat pertama dan Guan Eng (anak) ditempat kedua serta Karpal (bapa) ditempat ketiga dan Gobin (anak) ditempat kelapan membuktikan bahawa DAP juara nepotisma mengatasi PKR. Jika PKR ada Anwar (Bapa) sebagai Ketua Umum, Wan Azizah (Emak) sebagai Presiden dan Nurul Izzah (Anak) sebagai Naib Presiden, DAP mempunyai dua keluarga yang menguasai parti tersebut.

Dalam usaha mengukuhkan amalan kronisma, DAP juga dilihat tidak mahu ketinggalan. Jika Anwar mengangkat Setiausaha Sulitnya, Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR, Guan Eng pula melantik Setiausaha Politiknya, Zairil Khir Johari sebagai AJK DAP Pusat.

Lengkaplah sudah segala bukti dan hujah bagi membuktikan pendirian sebenar DAP yang membenci bangsa Melayu dan pengamal nepotisma serta kronisma tegar. Kini terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian. Jika apa yang berlaku semasa Kongres DAP minggu lalu belum cukup meyakinkan anda, ingat semula insiden-insiden berikut:

(1) Teresa Kok-desak azan diperlahankan di Bandar Kinrara & tulisan jawi dihapuskan pada nama2 jalan di KL. 

(2) DAP Penang hapuskan tulisan Jawi pada papan tanda di Penang. 

(3) DAP terang-terangan menolak negara ini sebagai Negara Islam dan menegaskan Malaysia negara sekular. 

(4) Nga Kor Ming- persenda ayat2 suci Al Quran berulang kali dalam ceramahnya. 

(5) DAP mahu Dasar Ekonomi Baru dihapuskan dan dilaksana dasar sama rata semua kaum. 

(6) DAP mahu kurangkan jumlah penjawat awam yang rata-ratanya Melayu. 

(7) DAP Selangor kata Beer bukan arak dan minta penjualan diteruskan di kawasan Melayu.

(8) DAP Pulau Pinang hapuskan portfolio agama Islam.

(9) Anthony Loke kata Islam "FUCKING RELIGION" dan mencerca Riduan Tee. 

(10) DAP desak wang Baitulmal Selangor diberi kpd bukan Islam. 

(11) Karpal Singh derhaka kat Raja Melayu, mahu menyaman Sultan Perak. Jika nak disenaraikan kesemua perbuatan DAP yang jelas, menguriskan hati orang Melayu, 3 hari 3 malam pun tidak mungkin habis. Apapun, saya tidak akan lupa peranan utama DAP dalam mencetuskan tragedi 13 Mei.


Lokman Noor Bin Adam
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






No comments:

Post a Comment