Wednesday, 12 December 2012

Hanya Kerana Komen BrahimNyior : Takziah Buat Sahabatku Fauzi Atas Pemergian Isteri Tercinta... Al-Fatihah


Nukilan blog ku kali ini memang jauh sekali daripada apa yang biasa ku nukilkan kerana hari ini tanggal 12.12.12 sesuatu yang istimewa berlaku hanya kerana satu komen membuktikan bahawa dunia yang kita hidup ini amat kecil.

Seperti biasa aku biasa meng'update' blog ku daripada BB ku saja jika ada sesuatu peristiwa penting berkaitan politik namun bukan itu yang mahu aku kongsi bersama kalian.

Hanya kerana satu komen daripada pembaca blog ku bernama BrahimNyior yang meninggalkan komen yang panjang tetapi padat dengan informasi menyebabkan aku tertarik untuk mencari penulis komen ini. Ketika jari mencari tuan punya blog ini mata terpandang kepada satu artikel di blognya yang menarik perhatian mataku.

Satu nama yang amat ku kenali tetapi sudah lama tidak ku ketemui kerana mencari haluan hidup masing-masing. "Fauzi Zamhuri" memang tidak asing lagi kerana itulah nama sahabatku ketika sama-sama menuntut di sebuah sekolah agama di Kuala Kangsar, Perak.

Memang sebelum ini seorang sahabat sekolah ku bernama Suffian ada memaklumkan mengenai berita ini tapi sekadar itu sahaja tanpa perincian lagi.

Memang dunia ini kecil rupanya. Seorang sahabat blogger yang tidak ku kenali tapi kami saling mengenali individu yang sama.

Cerita sebenar dari sahabat blogger BrahimNyior yang juga sepupu kepada sahabatku Fauzi Zamhuri.



http://brahimnyior.blogspot.com/2012/12/kehilangan-hasnidar-buat-selama-lamanya.html?

"Hari Rabu, 5 Disember 2012, ketika sedang membeli belah di sebuah pasar raya, saya tiba-tiba terbaca berita mengejutkan daripada 'wall' FB Ahmad Fauzi Zamhuri, sepupu saya yang bertugas di Jakarta Indonesia. Isterinya Hasnidar, atau lebih mesra dengan panggilan Shida, mengalami pendarahan akibat komplikasi hamil kandungan berusia 8 bulan. Keadaannya parah dan masih dirawat di sebuah hospital di Jakarta.


Saya menelefon bapa saudara, Pak Anjang Juri, untuk mendapatkan maklumat lanjut. Maklum sahajalah, Fauzi dan keluarganya berkelana di Indonesia demi tugasnya sebagai eksekutif Petronas, tentulah berita sebegini memeranjatkan kami yang berada di tanah air.

"Berdoalah.. Shida masih dirawat. Bayi dalam perutnya dah meninggal." Pak Anjang seakan berbisik dalam suara yang sebak. 

Saya terkesima mendengar kata-kata Pak Anjang.

Saya juga dimaklumkan, Shida mengalami pendarahan tanpa henti akibat tali pusat bayinya putus. Ginjalnya gagal berfungsi dan hanya keajaiban sahaja mampu mengubah nasibnya. Berkali-kali Pak Anjang meminta kami berdoa keselamatan Shida.

Selepas solat maghrib, saya mengajak anak-anak solat hajat, bagi memohon agar Allah memberi kekuatan kepada Shida. Pak Anjang menelefon lagi, memberitahu harapan Shida sangat tipis. Dia akan berangkat ke Jakarta esok untuk memberi sokongan yang perlu.

Khamis 6 Disember, 2012, saya mendapat mesej SMS daripada adik beradik memaklumkan Shida tidak dapat diselamatkan. Jenazahnya akan dibawa pulang malam nanti dan dikebumikan di Kampung Sungai Pusu, Gombak pada pagi Jumaat.


Jenazah Shida dibawa ke tanah perkuburan Kg. Sungai Pusu


Awal pagi Jumaat, saya sekeluarga bertolak ke Sungai Pusu. saudara-mara dari Kg. Bharu Lumut sudah pun menziarahi arwah pada malam tadi sebaik jenazahnya tiba di tanah air. Jenazahnya siap dikafan dari Jakarta dan tiba di KLIA pada pukul 11 malam. Menjelang 1 pagi, jenazahnya selamat tiba di rumah ibu dan ayahnya di Sungai Pusu, Gombak, iaitu belakang kampus UIA. Dua tiga kali ibunya pengsan sehingga terpaksa dipapah melihat anaknya buat kali 'terakhir'.


Arwah dikenali sebagai seorang yang mesra. Meskipun mempunyai ijazah dari UUM, arwah memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa bagi menjaga anak-anak. Pemergiannya satu kehilangan besar kepada adik sepupu saya, Fauzi dan lima orang anak yang ditinggalkan-Ain, Aishah, Amar, Amirul dan Asraf. 

Peristiwa Asraf menangis ketika jenazah ibunya dikebumikan, amat meruntun hati kami yang melihatnya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hidup perlu diteruskan. Yang pergi takkan kembali semula. Segalanya menjadi kenangan yang abadi dalam hati.
Fauzi (berkaca mata) meriba Asraf yang baru berhenti menangis, manakala Aishah masih kebingungan"



ALFATIHAH UNTUK HASNIDAR BT ROSLI
Moga syurgalah untukmu, adikku 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
















2 comments:

  1. SALAM TUAN, JIKA TIDAK KEBERATAN, MOHON DIPAUTKAN LINK BLOG KAMI DALAM BLOGROLL TUAN. TERIMA KASIH.
    http://shahalamrebels.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. AL-FATIHAH..

    -SMH-

    ReplyDelete