Sketsa : Peserta Angkat Berat Wanita Kantoi Berbulu Lebat...


Gambar nie gua jumpa dalam facebook gua yang di'post'kan oleh teman facebook... Cuba korang cari apa kecacatan atau benda pelik yang tak sepatutnya ada dalam gambar nie...

Puas gak cari apa yang tak kena dengan gambar kat atas sebab awalnya macam biasa jer sebuah gambar atlit angkat berat wanita yang berlangsung di Olimpik London 2012 baru-baru...

Korang dah jumpa kan... Apa kata korang...

Khalid Ibrahim Ghairah Selamatkan Rafizi Guna Wang Rakyat Selangor...


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor menasihatkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak terlalu ghairah menyelamatkan Rafizi Ramli dalam menyelesaikan masalahnya, dengan menggunakan wang rakyat Selangor, sebaliknya menyelesaikan dulu masalah rakyat Selangor.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, ini bukan perkara baru untuk menyelamatkan individu yang berkepentingan dalam PKR, sebelum ini kerajaan Selangor telah diketahui umum “menyelamatkan” Talam Corporation dan akhirnya duit rakyat telah disalahgunakan.

“Menyelamatkan Talam hingga terlebih dari harga pasaran sebanyak RM40juta, ini gimik politik Tan Sri Khalid yang sedang dilakukannya untuk melihatkan keperihatinan tapi dia terlupa rakyat sedang menderita mengangkut air seperti apa yang berlaku di Taman Putra Idaman, ini tidak pula MB kisah.

Dalam masa yang sama, apa istimewanya Rafizi Ramli, dia bukan anak Selangor pun, malah beliau telah melepaskan sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Jadi, apa relevannya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan kenyataan bahawa kerajaan negeri akan membiayai sepenuhnya kos guaman Rafizi Ramli menerusi dana khas berjumlah RM5 juta di bawah Geran Selangorku?,” ujarnya mengulas tindakan kerajaan negeri yang mahu membiayai kos guaman Rafizi Ramli yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan berkaitan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada dua petugas media pada Mac lalu.

Thursday, 2 August 2012

Puaka Niring : Hantu Kat Rumah Mayat Batu Pahat...



reality.... nie kejadian.................. betul kat rumah mayat hospital batu phat

"rumah mayat batu pahat mgmg berhantu pon pasal aku pon dah kne ms aku repair lori medivest behampiran rumah mayat.. yg angkat bahan buangan hospital.... yang aku jumpe manusia berkepala anjing berbadan manusia..... sbb batu pahat hospital adalah salah satu tempat yg tersenarai berhantu.... x caye datang sendiri dan lihat kat hospital tu..." komen penonton

Sial Punya Budak, Berani Ko Nak Bunuh Sultan Melayu...


SEBARKAN !! Untuk makluman semua, Inilah Profile budak yang nak bunuh sultan!!! 

Bukan Profile Fake (Menipu), Tapi Profile dia yang betul. 

Budak ni bekerja di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur. Tak silap di Bahagian Banquet. Menetap di Ampang dan berasal dari Penang.


Patutnya kita bersama sama pertahankam Raja kita, ni dia nak bunuh pulak raja kita. Fahaman komunis kuat sangat budak ni!!! Bahaya beb budak ni!!!

Kalau korang nak tengok profile dia, klik DI SINI

Video "Janji Ditepati" Versi Pakatan Rakyat Dah Kuar Kat Youtube... Like Video Nie Ramai-ramai Okey...



Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!

Penyokong pakatan rakyat mesti meroyan bila tengok video versi terbaru nie... Video nie jauh lebih baik kalo nak dibandingkan kualiti dengan video ciptaan Rais Yatim... Tahniah 1Peluru sebab hasilkan video yang jauh lebih baik daripada siapa yang Rais Yatim bayar untuk buat video bangang tu...



Di atas ini adalah video asal yang mendapat kutukan paling banyak di media internet sebanyak 14,371 Dislike dan hanya 250 Likes... Kat bawah plak video "janji Ditepati" versi terbaru yang baru sahaja di upload kat youtube but still dapat Dislike 1,835 dan Likes 16...

Wednesday, 1 August 2012

Puaka Niring : Lembaga Putih Ganggu Pondok Polis 56...



Rasa nak luruh jantung aku tengok video nie terutama minit 1:07... kesahihan video ini sukar dibuktikan sama ada benar atau palsu...

Kalo kata berlakon takkan depa dok main-main azan kot... Takkan abang-abang Polis nie tak tau kesannya kalo mempermaiankan azan dan berzikir...

Sketsa : Akta 15... Rugi Sapa Tak Baca Kelakar Giler...


Cerita skandal sepejabat:

Akta 15

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating...

Hamid  :   "Kita nak kemana nie?"
Rosni   :   "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid :   "Apa kata kalau kita ke pantai.."
Rosni   :   "Saya ok aje.."

Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah... hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan.. "Abang Hamid... ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial" Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid  : "Maafkan saya"
Rosni   : "Tak apa"

Lalu mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya...

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"

Kenyataan Company Yang Batalkan Kontrak Tudung Abby Abadi... @Abby_Abadi112


Assalam. Selamat pagi semua! Diharapkan anda semua mendapat keberkatan di pagi Ramadhan yg mulia ini. Rasanya ini entry terakhir drp pihak AHC berkaitan isu yg melibatkan AHC.

First of all, penamatan kontrak artis tersebut adalah disebabkan beberapa perkara / sebab yg telah pihak kami bincangkan dan persetujui. Sebab / perkara2 yg berkaitan tersebut termasuklah pembabitan beliau di dalam politik, matlamat atau objektif kontrak tak tercapai spt yg kami harapkan, dan pelbagai lagi. Tapi 2 isu ini yg paling hebat dipersoalkan dan kami akan berikan penjelasan.

AHC memerlukan seorang duta yg berimej neutral di mata semua pelanggan. Apabila duta kami membabitkan diri dalam POLITIK parti tertentu secara terang-terangan, ini boleh memberikan kesan kpd mana2 bisnes kerana apabila artis tersebut sibuk dgn undangan ceramah, artis tersebut tidak lagi dapat memberikan full komitmen kpd task / tugasan yg sepatutnya beliau jalankan. Ingin kami tekankan, sama ada beliau join PAS, UMNO atau mana2 parti sekalipun, itu ialah hak peribadi mereka dan kami hormati. Cuma kami berpendapatan, utk bisnes kami, kami mahukan imej yg neutral. Harap anda boleh faham dan please respect pendapat kami ini. Bukan bermaksud join dan aktif berpolitik itu imej yg buruk, tapi tolong faham apa yg kami cuba nak sampaikan...

Tuesday, 31 July 2012

[Video] Siapakah Pak Lebai Pas Yang Mengendeng Dengan Abby Abadi???... @Abby_Abadi112



Buat permualaan gua nak ucapkan tahniah kat GelombangKick [KLIK SINI] kerana berjaya merakamkan detik-detik berharga mengenai kebenaran kenapa Abby beria-ia masuk Pas.

Cuma yang menjadi persoalan gua (kalo korang ada jawapannya) siapakah lelaki misteri berkupiah, berbaju hijau dan berjanggut yang sentiasa berada disebelah Abby Abadi nie sampai la duduk sebelah Abby masa atas pentas siap tolong ambikkan handset Abby yang terjatuh (lain macam jer). 

Kalo la Abby tengok sendiri video ni, gua berbesar hati jika dia boleh memberi jawapannya diruangan komen blog gua atau tweet dengan gua.

Ada gua baca komen kat youtube nie kata pak lebai nie terencat akal atau mungkin komen itu maksudkan mamat berbaju hitam yang seperti meminta sedakah yang ditepis dan dihalang Unit Amal Pas. 

Kalo betul dia terencat akal macam mana dia boleh duduk atas pentas sebaris dengan penceramah jemputan. Nak kata bodyguard takkan sampai duduk atas pentas sebelah Abby lagi. Jarang bodyguard duduk sebelah bos atas pentas. Kalo betul betul itu bodyguard Abby asal dah tua sangat, badan pun tak 'tough' langsung.

Plez sapa-sapa yang ada info bagi skit sapa mamat berkupiah, berbaju lengan panjang hijau dan berjanggut dalam video nie.

60 Dalil Penyelewengan PAS!!! @Abby_Abady @hairieothman @LemanRLawak


Bila Al-Quran dan Hadis diputar-belitkan, bila Islam dieksploitasi dan dipolitikan, bila fatwa disongsangkan, bila Melayu sesama Melayu dilaga-lagakan, bila sesama Islam dipecah-belahkan, bila kemungkaran disorok-sorokkan, bila kebatilan diwar-warkan, bila tabung jihad diselewengkan, bila masjid, Pasti, Sekolah Pondok, universiti dan penuntut luar negara diperalatkan, bila Putrajaya dan Perlis hendak dilelongkan, dan akhirnya bila majoriti dua pertiga Barisan Nasional cuba dinafikan, Islamkah PAS sebenarnya?

1. TAA'SUB
PAS sebuah parti yang ekstrim dan taa’sub. Ia sentiasa bertindak dengan apa jua cara untuk memuaskan kepentingan politik sempit mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak pendapat orang lain, walaupun benar.

2. JUARA PERPECAHAN
PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.

3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK
PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.

4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK
Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

5. SUKA BERMUSUH
PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.

6. MENANAM PERASAAN BENCI
PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang lain seperti mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara.

7. PENYALAHGUNAAN WANG DERMA
Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai rekod dan tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan.

8. PENYELEWENGAN WANG AMANAH
Penyelewengan PAS terhadap wang ‘Darul-Mal’ yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan.

9. MEMBOHONGI JANJI
Perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah dilakukan.

10. JANJI KOSONG
PAS membuat janji kosong dalam pilihanraya untuk rakyat Kelantan.

11. KENYATAAN PALSU
Pemimpin-pemimpin PAS kerap kali membuat kenyataan palsu dan berbohong kepada rakyat khasnya penyokong-penyokong sendiri.

Monday, 30 July 2012

Artis Ini Memeluk Islam Dan Belajar Islam Tapi Tak Masuk Pas Pun... @Abby_Abadi112 @LemanRLawak @hairieothman




Yusuf Islam's (fomerly known as Cat Stevens) naat a is for Allah FULL LYRICS : A' is for Allah, nothing but Allah; Ba is the beginning of Bismillah; Ta is for Taqwa, bewaring of Allah; and...

Perlu faham: ISLAM itu bukan Pas dan Pas itu bukan ISLAM. Pas hanya sekadar sebuah parti sama seperti UMNO...

Harap "Ustazah2 dan Ustaz" mee segera ambik iktibar... dari perjalanan hidup Yusuf Cat Steven...

Social Media: Clash of the Titans... @NajibRazak


Business organisation to political parties are leveraging on various social media platforms to promote their products or political messages. Malaysia has seen an estimated 17.5 million internet users, out of which, 12.4 million are Facebook users. Meanwhile, another 2 million Malaysians are hooked on Twitter.

According to the latest research by Oxford Internet Institute 2012 on Twitter users, Malaysia came in 2position (next to Brazil) in terms of ratio of tweets per internet user. In view of the current growth of users in Facebook and Twitter as the primary platform, perhaps it is timely to analyse the impact of social media on our political landscape vis-à-vis the forthcoming 13 general election.

FACEBOOK

Facebook remains the main social media channel in terms of number of users in Malaysia. For this exercise, a total of 345 Facebook pages have been analysed. The analysis includes, Facebook pages that belong to political parties, political supporters’ clubs, politically motivated movements, individual political leaders, and the self-styled political analysts roaming the social media world.

The ruling coalition and its components parties’ Facebook presence receive a total of 3.71 million ‘likes’ from a combination of 164 Facebook pages. Highest contributors come from Najib Razak (1.04 million likes) and Tun Dr. Mahathir (1.70 million likes).

Meanwhile the opposition yields 2.71 million likes from a total combination of 181 Facebook pages. Main contributors are PAS leader, Tok Guru Nik Aziz (691,950 Likes), followed by Pakatan leader Datuk Seri Anwar Ibrahim (376,089 Likes).

With the high number of Facebook pages created over the last 2 years, the opposition has been relentless in their effort to win supporters through various Facebook campaigns such as 100,000 People Request Anwar Ibrahim to be the Prime Minister. From this page they managed to secure 6,123 Likes. And there’s a similar campaign titled 500,000 Request For Datuk Anwar Ibrahim For The Next PM! For A CHANGE, which registered 699 ‘likes’ to date.

Other campaign against the current ruling coalition includes, 1,000,000 People Request Najib Tun Razak Resignation, which only yielded 7,382 ‘likes’. However, BERSIH 2.0. Official Facebook Page on electoral reform has gathered a whopping 216,872 ‘likes’.

For Chinese leaders from both MCA and DAP, Lim Guan Eng and Chua Soi Lek have more or less the same amount of Facebook ‘likes’ of 143,178 and 156,523 respectively. On the other hand, Malaysian Indian Congress (MIC) has registered 38,624 ‘likes’.

Cybertrooping initiatives are heating up on both sides of the political divide. The UMNO Cybertrooper Clubpage has attracted 4,555 ‘likes’ as opposed to Pakatan Rakyat Cyber Trooper Club, which has only garnered 842 ‘likes’.

UMNO has come a long way post GE12. They have secured a significant footing online with a total of 109,483 ‘likes’ for their Pemuda UMNO Malaysia, UMNO Update, Media UMNO Malaysia and UMNO Facebook pages.

Comparatively, Pakatan has collected a total of 50,797 ‘likes’ from their key Facebook pages such as Pakatan Official Fanpage, Pakatan Pulau Pinang, Pakatan Selangor, Pakatan Youth, Friends of Pakatan, Pakatan Rakyat Perlis, Buletin Pakatan, Pakatan Rakyat Supporters and Pakatan Rakyat Club Facebook pages.

TWITTER

Malaysia remains the 2 highest tweet ratio per internet user next to Brazil. It means Twitter is more dynamic than Facebook in terms of expressing one’s view.

8,498 dislikes, 166 likes Lagu Tema Hari Kebangsaan... Rais Yatim Akhirnya Mengalah Dengan Suara Rakyat... @NajibRzak @DrRaisYatim



Segala usaha PM, DS Najib musnah sekelip mata dek kebangangan seorang menteri yang mahu mencipta nama dalam dunia hiburan dengan menjadi pencipta lirik yang entah dari mana dia dapat ilham. Hasilnya, dunia media sosial mula dipenuhi dengan kritikan, teguran sehingga tahap mentertawakan "Masterpiece" hasil tangan Menteri Penerangan Komunikasi dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Hasil tangan Rais Yatim mengundang kepada 8,498 dislike dan hanya 166 likes sahaja sehingga artikel ini dikeluarkan dan akan terus meningkat untuk video yang di'post'kan di YouTube serta ditambah dengan komen-komen yang "negatif" daripada pengunjung yang mahu melihat video yang penuh dengan kontroversi sempena bulan Kemerdekaan Malaysia yang Ke-55.


Dek kerana desakan dan kritikan yang sudah tidak dapat dikawal mungkin juga sudah sampai ke pengetahuan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib akhirnya Rais Yatim terpaksa mengalah dan semalam dalam twitter beliau mengumumkan bahawa logo untuk Hari Kebangsaan tahun ini masih menggunakan logo tahun lepas.






Ini bukan menghentam tapi dengan niat menegur...
(cuma mungkin nada teguran agak keras kerana
dua kesilapan yang dilakukan hampir serentak)
Kerana masalah utama kebanyakan pimpinan UMNO adalah
merasakan diri mereka pandai serba-serbi.

Tak payah nak memandai sangat...
for some matters, just leave it to the PRO!

Bermula dengan logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55
yang bertaraf longkang... Muncul pula lirik lagu yang bertaraf
sampah-sarap di pinggir jalan!

Gua mulakan dengan LOGO yang mendapat cemuhan
sebilangan besar rakyat Malaysia.
Percaya atau tidak cuma rakyat Malaysia
yang rabun itik dan kaki bodek seperti Rais Yatim
saja yang akan bersetuju jika logo di bawah ini tetap digunakan
untuk merayakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55.
LikePage Facebook yang menentangnya saja sudah
melebihi 5,000 rakyat Malaysia

Jika Rais Yatim merasakan kesuntukan masa atau bajet untuk
membuat logo Hari Merdeka 55 baru, gua bersama karyawan2
dan perekagrafik pro-BN lain sedia membuat seberapa banyak
proposal design untuk rekabentuk logo yang baru
dalam seminggu ini...
semuanya FOC!
Rais Yatim tinggal pilih saja yang mana terbaik...
asalkan logo sampah
seperti di atas tidak digunakan!

BACA SELEBIHNYA DI SINI...

HUDUD Cuma Putar Belit Pembangkang...


Sikap negatif dan kefahaman yang salah menjadi punca mengapa tekad politik (political will) untuk melaksanakan hukum hudud tidak wujud di Malaysia.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta menjelaskan halangan sebenar pelaksanaan undang-undang itu di negara ini.

Tambahnya perlembagaan tidak menghalang kerana tidak ada peruntukan yang menuju ke arah itu.

Sebaliknya, beliau menambah, jika perlembagaan dibaca dengan betul dan tidak prejudis hudud boleh dilaksanakan.

Pakar perlembagaan yang juga Felo Kanan IDEAS itu berkata sifat perlembagaan yang kononnya sekular itu pun tidak wujud.

"Tak mengapalah mereka boleh kata perlembagaan apa yang mereka mahu: sekular, taghut, anti-Islam dan sebagainya. Yang penting di dalam perlembagaan tidak ada peruntukan yang menyatakan perundangan Islam tidak boleh dilaksanakan," ujarnya.

Ditanya mengenai Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan Aziz berkata: "Peruntukan ini hanya mengingatkan kita yang segala tindakan dan undang-undang perlu akur dengan batasan perlembagaan. Pendeknya undang-undang, termasuk hudud, perlu dilaksanakan dalam kerangka dan skima perlembagaan.

Pada hakikatnya peruntukan yang didakwa mengkesampingkan Islam itu sebenarnya hendak mempastikan yang perlembagaan ini benar-benar berguna kepada semua orang sebab sekiranya perlembagaan boleh diketepikan maka ia tidak berguna. Itulah maksud Perkara 4(1)".

Dualisme :

Mengenai isu diskriminasi dan dualisme dalam perundangan beliau menjelaskan: "Ciri ini sudah wujud lama di Malaysia; kita ada undang-undang sivil dan syariah dan kita mengambil pendekatan tidak mahu memaksakan hukum Islam kepada bukan Islam. Tetapi bagi orang Islam mereka tidak ada pilihan; mereka tertakluk kepada hukum Islam".

Aziz menegaskan pelaksanaan hudud tidak akan menjejaskan hak orang bukan Islam. Ini kerana ia hanya dilaksanakan di kalangan umat Islam sahaja.

"Tetapi apabila hudud tidak dilaksanakan ini adalah satu penafian hak terhadap umat Islam. Ini kerana perlembagaan - melalui Perkara 11(1) - menjamin hak umat Islam untuk menganut agama itu sebagaimana yang dituntut oleh syariat. Hidup di bawah sistem Islam ialah hak umat Islam yang tidak boleh dinafikan," tegasnya.

Sunday, 29 July 2012

Pencacai PKR Yang Fitnah Rosmah Dikantoikan... Betul Ker Nie???



Hahahaha ni dia anjing PKR merangkap balaci DAP, 

pergghhh bab mengaibkan Datin Sri Rosmah No1, bab sebar fitnah dia lah Hantu, alih-alih tunang sendiri pon dia tak tegor, 

اللّهُ berkata "jagalah kamu dan keluarga kamu dari api neraka" sekali kita mengaibkan orang berkali-kali orang akan buka aib kita,

 ini la contoh terbaik dari budak-budak PR, lu langsai lu mati beb, facebook.com/umno.bangang.9

Kenapa Singapura Dikeluarkan Dari Malaysia?


Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yewmempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah danSarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

Oleh sebab inilah Tunku memisahkan Singapura & Malaysia kerana pergolakan yang berlaku dan kerana itu jugalah, Lee Kuan Yew Pernah menangis Di hadapan Puteri Elizaberth, atas kebijaksanaan Tunku, Lee Kuan Yew Hampir sedikit lagi akan dapat Malaysia..

Jika hendak merosakkan tanaman, racunilah akarnya..
Jika hendak merosakkan bangsa, racunilah sejarah mereka.

Betul Ker Bubur Lambuk Boleh Menjadi Perpaduan Ummah...


Ketibaan Ramadan sudah sinonim dengan bubur lambuk. Jika dahulu bubur lambuk hanya dimasak di Masjid Jamek Kampung Baru kini ia menjadi masakan dan hidangan di setiap masjid di seluruh negara.

Dalam usaha memasak bubur lambuk, kerjasama erat amat perlu kalangan pekerja yang melakukannya iaitu daripada menyiapkan bahan hinggalah masa mengacaunya. Melalui kerjasama ini membayangkan bahawa ia menjurus kepada perpaduan ummah.

Kini bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru jadi ikon pelancongan sempena Ramadan. Dikatakan bubur lambuk adalah hidangan signatur bukan sahaja penduduk Kampung Baru malah sekitar Lembah Klang.

Kebanyakan penduduk sekitar akan singgah ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk mendapatkan bubur lambuk selain untuk beribadat di masjid itu.

Dari segi tersurat dan tersirat bubur lambuk mengandungi resipi yang tersendiri diibaratkan sebagai perpaduan ummah. Bahan asasnya beras, santan, rempah ratus dan juga garam akan menjadikan bubur lambuk sebagai makanan padu dan enak. Setiap orang mempunyai cara yang berlainan untuk memasaknya dan ada yang meletakkan daging dalam bubur lambuk.

Di Masjid An-Nur USJ 4, Subang Jaya, bubur lambuk dijadikan bahan promosi untuk memperkenalkan tiga imam muda dalam Program Imam Muda di Astro Oasis iaitu terdiri daripada Imam Muda Mohd Hafiz Khodir, Imam Muda Fariz dan Imam Muda Nasir yang memasak dan memberikan bubur lambuk kepada jemaah di masjid tersebut.

Penganjuran memasak bubur lambuk di setiap masjid bukan sahaja dapat menyatupadukan ummah malah dapat mempromosikan makanan rakyat tempatan kepada golongna pelancong dan juga dapat mendidik kalangan remaja belajar memasak bubur lambuk. Penyatuan ummah ibarat satu binaan.

Lantaran itu, umat Islam umpama satu binaan. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, apabila bubur lambuk disiarkan di televisyen pastinya bubur tersebut akan menjadi terkenal dan juga kegemaran ramai. Ternyata, bubur lambuk juga akan menjadi bubur istimewa pada setiap kali kedatangan Ramadan.

Falsafah daripada memasak bubur lambuk iaitu makanan yang dimasak secara beramai-ramai akan dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan ummah dan juga memberikan makna kepada kehidupan masyarakat yang bersatu padu melangkaui fahaman politik.

Berkaitan bubur lambuk penulis ingin berpantun:

Bubur lambuk di bulan Ramadan,
Dimasak bersama di bawah khemah;
Mari duduk eratkan perpaduan,
Jadikan selamanya ukhuwah ummah.

Lantaran itu, memasak bubur lambuk yang dilakukan oleh golongan Mukmin perlu diteruskan sepanjang Ramadan untuk mendapatkan pahala berganda dan keberkatan, serta mengeratkan penyatuan ummah dan juga mengukuhkan perpaduan masyarakat.

* DR AMINUDIN MANSOR - Penulis pengamal media. PhD Persuratan Melayu.

Bukti Pas Semakin Terdesak...




PAS makin terdesak selepas bancian yang dibuat oleh Lujnah Politik mereka maka sekali lagi janji manifesto diolah bagi menarik sokongan orang muda terutama pengundi baru. Jika dulu PAS berani menjanjikan undi PAS dapat pahala, undi PAS dapat keredaan Allah dan berbagai lagi, maka semakin hampir PRU maka mereka semakin menggelabah.

PAS gementar bilamana sokongan kaum Melayu semakin beralih arah kepada UMNO/BN atas kejayaan tranformasi yang diusahakan oleh DS Najib serta seluruh kepimpinan BN. Dengan menjanjikan 12 pekara dalam manifesto terbaru mereka keluaran Pas Kawasan Shah Alam mereka mula memainkan semula isu keupayaan bangsa, yakni bangsa Melayu yang mula melihat PAS hanyalah kaki temberang.

Tak faham atau sengaja buat bodoh maka PAS mencanagkan “1. Malaysia Baru yang meengangkat Mertabat Kaum Melayu berpaksikan Islam”. Apakah selama ini PAS yang siang malam menketakedarah serta merasa nikmat pembangunan yang dibawa oleh UMNO telah berjaya mengangkat dan memertabatkan kaum melayu serta agama islam di Malaysia. Takkanlah Ir Khalid Samad yang pernah belajar hingga ke universiti bukan dari kaum melayu yang mendapat ihsan dari ihlam serta dasar ekonomi baru. Beliau pernah bertugas di Petronas dan tidakkah itu juga hasil usaha UMNO/BN.

Saya lihat pekara ke 2 dalam janji baru mereka “Mempertahankan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera” memang kelakar. Apa kisahnya Yob, yang dok baring atas jalan dan mengata Raja-Raja Melayu tu bukankah dari kalangan penganut Agama PAS. Yan dok lawan Polis dan serang Polis sampai mati katak pun PAS dok jaja mati syahid sedangkan POLIS yang menjaga keamanan negara dan bernaung dibawah kuasa Yang Di Pertuan Agong. Tak lawan Raja ka tu?

Rasa malas nak ulas panjang pembohongan siri terbaru puak PAS ni, tapi melihat pekara ke 8 janji mereka mendatangkan rasa loya dan geli geleman. “No 8. Menampilkan Kepimpinan Melayu yang bersih di semua peringkat.”.. Woi, Ir Sengal dan ketua protestan Shah Alam, kepimpinan bersih memang senang nak cakap tapi kepimpinan yang ada dalam PAS serta PR yang lain taklah bersih dan lebih teruk. Kepimpinan yang memasukan anunya kedalam lubang dubur lelaki bersihkah?. Yang mengorat dan projek isteri orang kat Hotel Perdana, di Kuta Bahru tu molek ka?. Yang bagi counseling jam 3pagi ngan isteri orang sampai kantoi bersih sangat ka?. Jawabla Pak Lebai.

Dalam sokong DAP dan PKR di Perak pimpinan PAS kawasan sampai turut berdemo mintak kerajaan Negeri Perak batalkan pembinaan Sekolah Agama Rakyat masih tak Nampak. Takkan Ir Khalid duduk bawah tempurung, jika di Shah Alam nak pertahankan sekolah agama, PAS di Ipoh Perak nak runtuh sekolah agama. Apakah agama islam kat shah alam berlainan kalimah syahadahnya dengan pas kat perak. Janganlah berjanji dan buat manifesto baru yang macam tak cukup akal sebab dikalangan pengundi muda yang ramai mendaftar hari ini telah sedar akan pembohongan PAS, baik PAS shah alam mahupun PAS seluruh Malaysia.

Mereka dapat maklumat melalui internet dan yang masih lagi nak sokong Pas pun kebanyakannya bekas pelajar tadika pasti. Mereka nie dah diasuh dari kecil untuk melihat semua pekara yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN sebagai salah belaka. Hati yang dah kelam dari kecil dan dok makan benda yang tak halal ( sebab kufur nikmat ) maka akan menjadi pengikut totok dan sanggup jadi kaldai asalkan Nik Aziz atau Hadi Awang dinobatkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Itupun jika menang dan hanya layak untuk Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang jaga adat istiadat dan kebudayaan Melayu sahaja.