Monday, 14 January 2013

Kalimah Allah: Keputusan Majlis Syura PAS Bercanggah Pakatan Rakyat???..


BERTAMBAH keliru!! Itulah reaksi pertama sebaik dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS sebentar tadi memutuskan untuk melarang penganut agama Kristian menggunakan perkataan Allah secara bertulis.

Anehnya, semua ini berlaku setelah Pakatan Rakyat membenarkan kalimah Allah digunakan oleh pihak gereja, tanpa sesekali menyentuh bentuk penggunaannya sama ada secara bertulis atau secara oral.

Bagaimanapun kalau pertikaian penggunaan nama Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu dan majalah mingguan gereja, The Herald dijadikan panduan, maka jelas yang dituntut adalah penggunaan kalimah tersebut secara bertulis!!

Dengan keputusan itu, pemahaman semua orang ialah kalimah Allah boleh digunakan oleh pihak Gereja dalam apa bentuk pun yang dimahukan mereka. Tidak timbul persoalan bertulis atau tidak.


Penggunaan kalimah tersebut secara oral juga memang tidak pernah menjadi topik pertikaian oleh mana-mana pihak sebelum ini. Kalau tersilap, sila maklumkan di mana.

Maka itu tidak salah kalau kita melihat keputusan ini akan mencetus satu masalah yang besar kepada Pakatan Rakyat selepas ini.

Suka nak dimaklumkan di sini bahawa beratus ribu Kitab Bible yang menyebut di dalamnya perkataan Allah telah sedia dicetak untuk diedarkan di kalangan orang Melayu/Islam dalam membantu menambah pemahaman mereka mengenai agama Kristian, sebaik Pakatan Rakyat memutuskan untuk membenarkan penggunaannya oleh masyarakat Kristian.

Sebuah gereja di Petaling Jaya juga dilaporkan telah menaikkan papan tanda dengan perkataan Allah di dinding bangunan gereja tersebut minggu sudah, sebaik Majlis Presiden Pakatan Rakyat selesai bersidang dan memutuskan perkara tersebut.

Justeru, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang cuba diselindungkan?

Kita difahamkan, Hadi tidak berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Syura Ulama sebelum menghadiri mesyuarat pada 8 Januari lepas. Kebetulan, bantahan dari anggota Majlis Syura berhubung perkara ini seperti Timbalan Mursyidul Am, Ketua Dewan Ulama dan Nasharudin Mat Isa, bukan satu rahsia lagi.


Ribut, ribut. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.








No comments:

Post a Comment