Saturday, 26 January 2013

Koo Ham Mengaku Tidak Pernah Terlibat Rasuah???...


“Seumur hidup saya saya tak pernah beri satu sen rasuah atau menerima satu sen rasuah." Itu respons Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham ketika mengulas tuduhan terhadap dirinya yang didakwa terlibat dalam isu skandal pemilikan tanah seluas 4,210.4 hektar hasil pemberian Kerajaan Pas Kelantan.

Katanya, dakwaan sedemikian tidak benar sama sekali kerana dirinya memegang prinsip untuk tidak memberi mahu pun menerima rasuah sejak remaja lagi.

Malah menurut Pengerusi DAP negeri itu, pengalamannya sebagai pemimpin bagi sebuah gereja Methodist tidak lama dahulu telah membantu mendisiplinkan dirinya dalam isu berkenaan.

“Saya telah memegang prinsip untuk tidak memberi atau menerima rasuah sejak zaman remaja lagi.

“Malah, guru penasihat saya di gereja berkenaan juga terpaksa menduduki ujian memandu sebanyak tujuh kali semata-mata tidak mahu terlibat dalam gejala rasuah yang berleluasa pada ketika itu.

“Dengan berpandukan prinsip inilah saya dapat menikmati hidup yang selesa dan diberkati Tuhan sehingga ke hari ini,” katanya pada sidang media bagi menjawab dakwaan Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib mengenai isu berkenaan.

Hadir sama pada sidang media itu, Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming; Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin; Adun Teja, Chang Lih Kang; Adun Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dan Adun Buntong, A Sivasubramaniam.

Sementara itu, Koo Ham berkata, penafian berkenaan sekali gus diharap dapat membantu membersihkan sekali nama Kerajaan Kelantan yang didakwa turut menganugerahkan tanah seluas 4,210 hektar.

Katanya lagi, nilai tanah yang dianggarkan bernilai hampir RM30 juta itu turut melibatkan beberapa lokasi seperti Relai serta Chiku yang berhampiran dengan Gua Musang.

“Saya harap penafian ini akan turut membersihkan nama Kerajaan Kelantan kerana tuduhan berkenaan adalah satu fitnah.

“Mengikut rakan-rakan saya yang beragama Islam, fitnah itu adalah lebih besar dosanya daripada membunuh. Oleh itu, pihak yang memfitnah saya itu perlu bertaubat,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment