Friday, 8 March 2013

[Gempar!!!] Ada 700 Pengganas Lagi Nak Masuk Sabah??? Giler Ker!!!...


Polis Diraja Malaysia menafikan bahawa 700 orang pengganas dari Sulu hendak menceroboh masuk ke Kota Kinabalu dan Tawau untuk membuat kacau.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, apa yang tersebar di media sosial Facebook dan Twitter adalah khabar angin.

Beliau membuat penafian itu dalam sidang media harian di Lahad Datu, Sabah.

Khabar kemasukan pengganas baru dari Selatan Filipina telah tersebar sejak minggu lalu termasuk seperti yang dilaporkan oleh media Filipina.

Philippine Daily Inquirer pada minggu lalu memberitahu 10,000 pejuang Tausug sedang belayar untuk menyertai kumpulan Jamalul Kiram bagi berperang dengan tentera Malaysia.

Khabar itu bagaimanapun dinafikan pasukan keselamatan negara ini.

P/S : nak mampos berani datang Malaysia... Ingat nie negara mak bapak korang ker sesuke hati keluar masuk...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment