DALAM usaha untuk membuktikan bahawa beberapa video seks lucah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu fitnah dan boleh dibuat dengan teknik-teknik tertentu, Pakatan Rakyat telah berjaya meniru semula pembikinan video lucah tersebut dan akan dijadikan sebagai antara bahan kempen utama dalam pilihanraya akan datang.
Dalam erti kata lain juga, video itu sudah siap dan hanya menunggu masa untuk digunakan.
Selain adegan-adegan seks, video tersebut juga memberi penerangan secara terperinci bagaimana imej seseorang itu boleh ditiru untuk digunakan di dalam pembikinan video seumpama ini. Jangan bimbang, video ini dirakamkan di Thailand dan tidak melibat seorang pun orang Islam selain adegan seks itu akan dikaburkan dengan teknik tertentu.
Video ini, selain menggunakan khidmat solekan khas dari Hollywood, turut menggunakan pelakon yang mempunyai susuk tubuh yang hampir sama dengan Anwar yang di datangkan khas dari Indonesia. Video ini turut diarahkan oleh seorang pengarah muda yang sedang meningkat naik itu mampu membuktikan kepada rakyat bahawa sememangnya Anwar tidak terlibat dan video sebelum ini hanyalah satu fitnah.
Selain itu, Pakatan Rakyat juga turut mempunyai bukti bahawa UMNO mengupah orang dengan rupa yang hampir sama dengan Anwar untuk berlakon dalam video lucah seperti yang disiarkan blog rajagoyang360.blogspot serta pendedahan oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah sekitar tahun lepas…
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment