Friday, 12 April 2013

Bayangkan Kalau Ada Video Mirip Najib Dengan Altantuya… @NajibRazak


Bila-bila sahaja muncul klip perlakuan sumbang pemimpin pembangkang, jalan mudah untuk menyelamatkan diri di kalangan mereka dan menyakinkan kembali kepercayaan masyarakat adalah dengan menuduh UMNO serta Barisan Nasional (BN) sebagai dalang.

Kononnya, UMNO dan BN yang akan mendapat faedah dengan penyebaran klip berkenaan.

Dan, ia akan disusuli dengan dakwaan bagi tujuan mendapatkan faedah itu, video berkenaan sebenarnya adalah rekaan dan superimpose.

Bagi memperkukuhkan lagi penafian, maka ayat Al-Qur'an dan hadis akan mula digunakan.

Dan penamat kepada usaha penafian itu… keluarlah ayat-ayat standard seperti …. UMNOporna takda kerja, bukak aib orang, tunggulah balasan… ini semua fitnah… yang menyokong kerajaan akan dilabel pula pencacai dan sebagainya untuk merendahkan kredibiliti penyokong berkenaan.

Wah… laju aje fitnah yea…. Datuk Seri Najib Tun Razak takda sekeping gambar pun dengan Altantuya, cepat aje percaya dan canang satu kampung beliau kononnya membunuh model berkenaan.

Sudah jenuh beliau menafikan termasuk bersumpah sambil berdiri di mimbar masjid bahawa beliau tak kenal pun wanita itu…. buat tak reti aje.

Untuk sejenak… bayangkan kalau ada video Najib sedang minum petang dengan Altantuya…. adakah puak-puak yang bila klip video melibatkan pemimpin mereka tersebar, akan berkata benda yang sama?

Adakah mereka akan menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis yang sama untuk mempertahankan Anwar Ibrahim, Azmin dan yang terkini… Mustafa Ali untuk mempertahankan juga Najib?

Adakah mereka akan cakap takda kerja… buka aib orang… tunggulah balasan… ini fitnah...
Jangan mimpilah… masa tu bersorak gembira kononnya sudah ada bukti kukuh… masa tu tak nampak besi ke tidak punya kan bukti macam tu..

Dan masa tu ayat berikut pulak mungkin keluar…

"Itulah… duk bukak aib orang, sekarang aib kau lak terbukak… padan muka Jibby" contoh ayat yang akan digunakan para macai pembangkang dan penyokong yang sama yang berkata klip melibatkan pemimpin mereka adalah fitnah.

Kadang-kala, sindrom penafian di kalangan pemimpin pembangkang sampai ke tahap tak masuk akal.

Dalam klip Anwar dengan wanita China umpamanya, lembu buta pun tahu  itu adalah beliau… kajian beberapa makmal di luar negara mengesahkan itu beliau… namun, beliau tetap dipertahankan dengan jalan cerita seperti di atas.

Jenuh dah Datuk Eskay menjerit-jerit mintak Anwar saman dia… tak nak pulak… (mungkin saman beberapa hari sebelum pilihan raya kot… bagi nampak dah saman tapi hakikatnya kes tak sempat dibicarakan sebelum pilihan raya).

Hampeh… kepercayaan terpilih dan mentaliti penafian yang tak masuk akal langsung.

Kepada penyokong pembangkang... terimalah hakikat bahawa semua itu adalah klip tulen melibatkan pemimpin anda…

Tanyalah diri apakah anda mahu anak-anak membangun di bawah satu kepimpinan yang dipenuhi pemimpin rosak akhlak…

Menggunakan agama dengan tujuan sempit dan ayat-ayat macam baik sangat seperti fitnah, aib dan sebagainya tidak akan mengubah hakikat perilaku para pemimpin kesayangan anda semua.


Sampai bila ingin membutakan mata dan hidup dalam penafian???... 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


















No comments:

Post a Comment