Friday, 26 April 2013

Eksklusif!!! Gambar Lokasi Kejadian Pegawai Kastam Di Tembak Mati Di Putrajaya????...







Pagi ini Putrajaya dikejutkan dengan berita kematian seorang pegawai tinggi kastam yang ditembak mati dalam perjalanan ke tempat kerja.

Ini cukup menggemparkan negara amnya dan penduduk Putrajaya sendiri amnya sebab ini adalah insiden pertama kali jenayah seperti ini berlaku dalam kawasan Putrajaya.

Lebih menggemparkan lagi ia berlaku ketika suasana panas bahang pilihanraya dan dalam tempoh kempen PRU13.

Ini adalah mesej yang disebarkan secara meluas melalui bbm, sms, wassap, fb, twitter dan segala media online yang ada :

"Salam tuan, info terkini. Pada 26.4.13 jam lebih kurang 0840hrs, caw. Pusat Kawalan IPD Putrajaya telah terima panggilan Tim. Peng. Kastam II Putrajaya Dato Hj Saharuddin ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya pagi ini oleh penunggang bermotosikal. Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya. Setakat maklumat awal. Rakaman cctv sedang diperiksa oleh pegawai bertugas.

Datuk Hj Shaharuddin bin Ibrahim
Tim Ketua Pengarah
Perkastaman/ Cukai Dalam Negeri

Berasal dari Negeri Sembilan... seorang yang tegas dan terkenal dgn strict serta tindakan yang tegas dan vokal"

p/s : semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama yang beriman dan Allah angkat sebagai Syahid kerana tegas dan berani menentang kemungkaran seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa... Amin...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

  1. patut kereta pegawai tertinggi gomen kena pakai tinted yang kalis peluru dan pukulan tak mahal pun dalam 2k je.

    guna tapisan nombor telefon dari pemancar mungkin dapat mengesan penjenayah tersebut.

    ReplyDelete
  2. Saya sebagai salah seorang warga JKDM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Y.Bhg. Dato' atas pemergian beliau ke Rahmatullah. Kehilangan beliau yang merupakan pegawai berpangkat ke 3 Tertinggi JKDM adalah pukulan yang hebat kepada JKDM khususnya kerana beliau sangat dikenali kerana ketegasannya dan berintegriti tinggi. Barangkali operasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh JKDM bermula 2012 dan diperhebatkan pada tahun ini memberi tekanan yang hebat kepada sindiket yang menyeleweng cukai hingga sanggup membunuh beliau. Al-Fatihah.

    ReplyDelete