Kurang ajar... memang kurang ajar... ini semua cara penakut bacul buat kerja dek kerana terdesak dengan tekanan...
Semalam ketika sebahagian besar penduduk Putrajaya mengambil peluang sempena cuti hujung minggu berehat di kediaman masing-masing, cai-cai Pas anak buah Husam Musa calon Pas yang kononnya mempunyai keperibadian keIslaman membenarkan, membenarkan dan mendiamkan diri sahaja apabila anak buahnya bertindak gila membakar bendera parti lawan. Insiden ini berlaku sekitar tengahari bila bendera BN yang berkibar megah di tepi jalan Sekolah Presint 8 (2) dibakar.
Tindakan bodoh cai-cai pas nie dilakukan tanpa berfikir panjang kononnya mereka dapat melepaskan diri daripada dikesan. Sebab itu mereka yang melakukan kerja bodoh ini disyaki bukan daripada kalangan penduduk atau penyokong Pas dari kalangan orang Putrajaya tetapi perbuatan ini dilakukan oleh mereka-mereka dari luar Putrajaya. Mungkin mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka berjaya dirakamkan oleh CCTV milik Perbadanan Putrajaya yang dipasang di sekitar kawasan kejadian.
Satu laporan polis telah dibuat oleh Pemuda UMNO Putrajaya mengenai insiden biadap cai-cai Pas ni. Perbuatan ini juga kurang disenangi penduduk setempat apabila kehadiran pembangkang di Putrajaya cuba memperkenalkan budaya liar dan biadap ke dalam masyarakat Putrajaya yang selama ini hidup dalam harmoni.
Cerita penuh mengenai insiden ini boleh KLIK SINI
Kat bawah ni adalah sebahagian daripada gambar-bendera BN yang dibakar tersebut...
No comments:
Post a Comment