Isu Pengundi Hantu, Sebarkan.
"Assalamualaikum. Terima kasih kepada Saudara Hilmi Samad di atas komentar sebagai seorang Counting Agent (CA). Di sini adalah komen saya terhadap apa yang dikatakan sebagai isu SPR tidak telus/undi hilang/kotak undi baru/undi tidak rahsia. Ya, memang panjang tulisan saya. Tetapi kalau nak tahu, sila baca.
Saya ditugaskan sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan Ketua Pengiraan Undi (Presiding Officer) untuk PRU13 kali ini. Untuk pengetahuan semua, setiap Kertas Undi telah diseal/dimeteraikan dengan pelekat keselamatan di dalam peti undi sehari sebelum pengundian (4.5.13) di bilik gerakan dihadapan pegawai2 polis. Seawal jam 5 pagi saya bersama KTM lain dah terpacak dihadapan Pusat Bilik Gerakan untuk mengambil peti2 undi. Selepas mengesahkan pengambilan peti undi kami diescort pula dengan anggota Polis di DALAM kereta dan diminta berKONVOI bersama-sama ke Tempat Mengundi (TM).
Segala poster peringatan arahan pelekat pandu arah ditampal dibantu oleh Kerani Pengundian (KP). Setibanya Ejen Tempat Mengundi (ETM) jam 7.40 pagi. Saya telah membuka/unsealed peti undi dihadapan ejen dan semua nombor2 siri dicatatkan didalam Borang 13 dan diserahkan kepada ETM. Kemudian peti Undi dimeterai dengan Pelekat Keselamatan dan ditandatangani oleh ETM sendiri.
Isu undi bukan rahsia? Saya masih tidak faham kenapa ada yang menyatakan UNDI TIDAK RAHSIA kerana adanya NO. SIRI. Untuk makluman, No. Siri pada Kertas undi tersebut TIDAK SAMA dengan no siri yang tercatat di web SPR/no semakan SPR. No Siri itu hanyalah no yang tercatat di dalam Buku Daftar Pengundi sahaja berdasarkan saluran dan langsung tak sama pada kertas undi. Tiada kewajaran kami tahu apa yang anda PANGKAH apa selama ini dan undi anda masih rahsia.
Baca lagi di sini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment